Saturday 14 February 2015

A cat house for our furkids.

Assalamualaikum...

Lately ni memang dah x post entry guna PC.Kebanyakan guna hp je.Sebab dah malas nak transfer picture dari hp ke pc.i is lazy ok.

Saja nak kongsi kisah impian saya n hubby.U know,kami memang suka kucing .Sangat sayang.It's all bout cats.Lepas nikah,pernah la borak2 dgn hubby pasal tempat khas untuk letak all my cats.Masa tu kucing domestic long hair ada 4 ekor.Letak dalam sangkar besar dekat dapur.Awal2 ok..tapi bila lama2 macam jadi beban.Faham2 je la dgn bau poo n pee dorang...Dah la dekat dapur.Memang kotor.Then macam menyusahkan mak mertua la sebab pagi2 dia yg kena buang tahi,bersihkan litter box dorang,kasi dorang makan,then kena tolak keluar sangkar besar tu ke luar rumah.Itu la rutin hari2.

After that, i bought another 2 cats.Plus ada sekor lagi flatface yg jiran punya.Dia tumpangkan sebab rumah dia terjejas teruk akibat banjir bah merah hari tu.So bayangkan la...kat rumah ada 7 ekor...Huhu...kinda miserable la...Yg varu beli tu sepasang,kami letak dalam our bedroom.Tapi akhirnya jadi serabut sebab dorang bila poo n pee selalu bawak sekali pasir2 tu sampai atas katil.Sometimes lekat najis.Oh my!!!Lagi satu hal,bulu2 dorang panjang.Xyah cakap la habis dah cadar,baju2 kami lekat bulu.Hubby cakap x boleh macam ni...Sampai bila nak bagi dorang hidup dalam bilik gini???Pulak tu Nanti kalau ada orang datang rumah malu la..Bau busuk.Nak letak dorang kat luar memang x sanggup r.Takut hujan,panas,binatang liar then paling takut kalau kena curi.Semua tu beli guna duit kot!!! ':)

Then bincang dgn hubby.Nak x nak dorang kena berambus.Haha...Dorang kena duduk luar jugak.So berbekal modal rm200,hubby beli simen 3 beg,bata,pasir n lain2.So bermula projek diy sendirian berhad kami tanpa tukang rumah or any expertise.Bhahaha...hebat kan?Bak kata ore kelate,wat bijokkk!Memang pun...Hubby x pandai bertukang sangat.Apatah lagi saya.Tukang tengok n komen boleh r.Huhu.Siang malam suami sorang bertungkus lumus.Kadang2 ada sorang budak kampung tu yg suami panggil datang tolong.Tapi oleh kerana kami ni bajet,xde modal,so x bayar upah dia.Kadang2 hubby belikan rokok or saya belikan dia nasi.Kejam kan?Namapun bajet.Hihihi...

Then projek kami terbengkalai.Keputusan modal.Tapi still hubby tetap susah payah siapkan.Siang malam.Untung suami keje sendiri.Kadang2 tersedar tengah malam tengok sebelah xde orang.Kosong.Rupanya hubby gigih duk belakang dapur rumah sorang2 tengah malam buta siapkan rumah kucing kami.Allah...terharu sangat...

Sikit demi sikit kami usaha jugak siapkan.Walaupun xde duit,tunggu duit gaji je then korek mana2 duit,finally...hari Jumaat lepas,rumah kucing kami dah siap.Alhamdulillah...sebak tengok.Inilah rumah impian kami untuk anak2 bulus.Walaupun x cantik or hebat or mewah macam orang lain,kami bangga n syukur sangat.Sebuah rumah yg selesa untuk anak2 tido n bermain.Lepas ni boleh la dorang lari sana sini.Main kejar2...Memanjat semua tu...

Walaupun duit xde,semua bahan2,kayu2 pun recycle,n design semua tu diy,berjaya jugaj kami siapkan.Cuma sekarang tinggal nak cat then hias.Maybe hubby cakap nak buat mainan2 untuk dorang pulak.Untungkan dapat suami cat lover n kreatif macam ni?Semua idea dari dia.Lepas ni entah apa pulak dia nak create.

No comments :

Post a Comment