Saturday 22 August 2015

Pengalaman Pertama Ke Thailand Melalui Perahu

Assalamualaikum....
Hai ☺
Pada 14 Ogos hari Jumaat lepas,tanpa dirancang2,kami telah ke seberang Thailand.Huhu...

Alkisahnya...kami 4 bijik kete sebenarnya.Rancangan asal nak jumpa Mak Chu n Pak Chu(adik mak mertua saya) yg berasal dari Lubuk Sambal,Thailand.Isnin kelmarin dulu dorang dah selamat berlepas menunaikan haji.Kalau ikutkan apa yg suami saya cakap,Lubuk Sambal ni bawah lg dr Golok.So janji jumpa dorang dekat Rantau Panjang.

Tunggu punya tunggu rupanya Mak Chu je yg datang.Kesnya Pak Chu takut nak seberang alik Malay(Kelantan).Haha...Mak Chu sorang diri datang dengan motor sewa.Dekat Rantau Panjang banyak servis perkhidmatan ni.So nak dijadikan cerita,Mak Chu cakap Pak Chu takut nak menyeberangi Sg Golok so dia suruh kami semua pergi dekat tebing Sg Golok tu.So gerak la semua follow Mak Chu nak pergi dekat tebing tu,tempat orang naik perahu untuk ke seberang Thailand.

So sampailah kami.Kat sini orang panggil Lubok Gong.Rupanya pengkalan(tempat orang tunggu nak naik perahu/mini jeti) ni belakang rumah orang kampung jer.Dan sebenarnya ni pengkalan haram.Kihkihkih.Sebab Pengkalan Gergaji dekat Rantau Panjang ditutup.Askar jaga xtau la sebab apa.Selalunya kat situ la pelancong ke orang ramai naik perahu nak ke seberang Thailand.

Rupanya Pak Chu dah plan nak kami semua ke seberang Thailand.Ingatkan Mak Chu gurau jer.T_T

Ini memang 1st bagi saya n yg lain2.Macam hubby n mak dah biasa pergi.Cuba bayangkan kena naik perahu kayu.Memang la Sg Golok tu kecik,sempit jer.Tapi dalam jugak.Saya lak x pandai berenang!Kalau perahu tu terbalik macam mana?Memang la hubbby pandai berenang tapi...Nauzubillahminzalik.

5 minit sampai ke x,dah sampai pun ke tebing seberang sana.So Welcome To Thailand.Pak Chu dah pun menunggu dekat tebing dengan anak2.Ada 4wd/pikap yg tunggu kami untuk angkut kami ke rumah dia.So merasa la berhimpit2 naik pikap tu duk belakang.Hahaha..memang jakun la kejap.X pulak rasa malukan!So dapat la tengok pemandangan kiri kanan jalan.Rata2 rumah penduduk lebih kurang jer macam rumah kampung kita.Dorang lebih banyak guna motor n pikap.Yg bestnya jalan raya dorang tip top.Xde nya nak lubang2.

Lebih kurang 10 minit jer perjalanan.Kami pun sampai.Sama jugak macam rumah kampung orang Melayu kita.Xda beza.Bahasa dorang pun dialek Kelantan.Cuma ada jugak lain skit.

Ok tu je la nak cerita.Oh lupa.Perahu tu kena bayar tau tambang.Pak Chu yg bayarkan.

InsyaAllah hujung bulan 9 ni kalau x silap kami akan ke sana lagi untuk kenduri nikah anak Pak Chu.Kali ni decide dgn hubby nak buat border pass.Nak bawak masuk kereta melalui imigresen.Nanti saya cerita ya.

Tata.








Monday 17 August 2015

Ijazah atau Suami.Yang Mana Harusku Pilih?

Assalamualaikum

Alhamdulillah...dah dapat result final exam sem 1....Syukur padaMu Allah...x sangka dapat result yg baik.Sebab saya target 2.50 jer...X sangka Allah bagi lebih.Actually bukan nak heboh or riak.Sebab bukan dekan pun...apatah lagi 4 flat.

Al-kisahnya...setelah hampir 3 tahun grad n bulan Mac 2015 kembali bergelar pelajat ijazah part time.So to be honest,saya langsung x study.Just attend class n balik rumah simpan beg semua nota buku bagai.X usik dah.Bila final or test,memang xdenya nak baca ke study ke.Kalau rajin sikit pun belek la buku or nota yg ofcoz ntah pape tu.Kononnya malam tu semangat nak study last2 lepas Isyak terus pengsan!

Asignment pun sama.Buat ala kadar jer.Janji siap n boleh submit.Fyi,asignment account memang ke laut.Sebab kiteorg bukan pandai accounting.Last2 asignment hantar yg x siap.T_T.Memang dah give up la...Camne nak ada marks kalau hantar keje yg x siap???

Time final exam lg best.X study apa pun.Bukan main nak bukak buku n note study last2 tidur sampai ke pagi.Alarm dekat hp tu bukan main set dari pukul 3 sampai 6 pagi.last2 pukul 6.45 baru bangun gi keje.Kihkihkih.Burukkan perangai???Masa kat dalam dewan baru la terkebil2 pandang kiri kanan depan belakang.Sejam pertama tu dah siap tulis dah jawapan sebab dah xtahu nak tulis apa.Sebab xtahu jawapan!Such a loser i am....Time paper marketing,dah gitau classmate sejam pertama mmg nak chow sebab xtahu nak jawab apa!

Hehe...so tunaikan janji.Sejam pertama terus blah.Orang lain pandang2 jer!Dah memang xleh jawab.Baik balik jerrr.

Alhamdulillah...Allah berikan rezeki yg x sangka2 akhirnya...Saya cuma minta lulus but He gave me more than i need...T_T...

Tapi sekarang dah mula berbelah bagi.Sebab saya dah nekad untuk quit study.Saya letih.Saya stress.Saya x cukup masa.Saya ada masalah kewangan.Sebab lepas ni suami dah x boleh nak hantar amik dekat kelas.So nak x nak kena pergi sendiri which is kena drive sendiri.I is scare.Takut...takut nak parking.Terukkan?

Plus saya rasa x cukup masa.Nak uruskan rumah tangga,belajar n kucing.Letih sangat tau...Memang saya nak give up.Bukan sebab i am a loser or what tapi mental n fizikal n hati saya x cukup kuat sebenarnya.

Suami saya x cakap x izin tapi dia cakap x payahlah teruskan...So what should i do?This is my dream.This is what i want.Ini impian mama ayah.Sedih...keliru.Xtahu nak buat apa...Lepas tu fikir kucing2 lg.Kos makan dorang lagi.Then hari Jumaat sepatutnya kena bersihkan rumah n sangkar dorang.Tapi Jumaat kelas sampai ke petang.Mana sempat.

Tambahan lagi,lepas ni hubby dah nak start niaga.Bukak gerai burger dekat bandar.Dari lepas Asar sampai tengah malam.Saya dah xde drebar.N dia lak nak guna la kete saya sebab kete dia kan dah hancur accident.So nak kena naik bas ke??Oh tidak..x pernah sepanjang hayat naik bas bandar sorang2...

So sekarang ni macam mana?Nak kena buat solat Istikharah ni...Kalau suami x izin n x redha,saya x boleh teruskan.Tapi tengok result rasa rugi sangat kalau x teruskan.Mana la tahu nanti dah ada degree boleh keje multinasional company ke..or apply pegawai gomen ke...Huhu...

Monday 10 August 2015

Cemburu.

Assalamualaikum...

Dah lama x update blog.Sibuk sangat dgn keje.Huhu...

Hari ni ada jamua hari raya kat ofis.Saya macam biasa pakai baju kurung la..Xda nya nak glam2 ni.

Pagi tadi breakfast dekat kedai kopi dgn hubby.Then otw pegi ofis dia tegur.Dia x sedap hati tengok saya pakai baju kurung moden warna pink.Baju raya hari tu.

Saya tanya dia kenapa lak?Dia tanya,mana handsock?Saya selamba jawab x pakai.Stokin pun dah x pakai.

Dia bagitau dia takut la..sebab hari ni saya pakai cantik2.Siap warning jangan bergambar dgn kawan2 ofis lelaki.

Ok...menurut perintah.Kelakar pun ada laki aku ni!Tapi ingat..kelakar2 pun kalau suami x izin,x boleh ingkar tau.Sebab tu sekarang saya dah x pakai mekap2.Baju pun dah x sendat n singkat.Ini permintaan suami saya....

Suami awak2 semua lak macam mana ek?Macam suami kita jugak ke?