Wednesday 25 February 2015

Perempuan dan Barang Kemas.

Assalamualaikum

Hehe ;)

Hari ni dah hari Khamis.Hooreyyyy!Esok weekend.Cepatnya lah kan hari berlalu sekarang ni....

Hari ni kat ofis still xdapat internet lagi.Keje2 banyak giler tertunggak.9-10 mac ni audit nak datang.11-14 gi langkawi lak untuk kursus.Oh seksanya....

Lately,isu2 berkaitan nak pergi Langkawi memang hari2 boleh dengar.Ye la semua semangat kot nak pergi.Tak sabar.Padahal kursus BTN.Hah kau...semput la nanti kena gasak dgn fasi2 kat kem tu nanti.Ntah sempat ke x nak shopping n jalan2 kat sana.Well to be honest saya berbelah bagi nak gi ke x.Sebab terpaksa tinggal hubby sorang sepanjang tempoh tu.Mak nak gi tido rumah besan dia.Ada kenduri.Then kete saya rosak.Drive shaft kena tukar.Lagi 20 mac dah start kuliah.So fahamla kan banyak mana duit habis kat situ.

Memang dah set dari awal lagi.Gi langkawi xnak beli apa2 kecuali coklat.Itu saja coz saya xde bajet lebih.Pinggan mangkuk boleh je beli dekat Rantau Panjang ni hah..Pergi ni pun bawak back pack je.Malas r nak bawak beg banyak2.X kuasa!

Sebenarnya nak citer sal barang kemas atau emas.Terus terang cakap saya memang x suka barang kemas.Pelikkan?Sejak kecik sampai sekarang.First cincin belah rotan emas saya beli bila dapat first gaji.Then xtahu sapa curi.Hilang dalam my own room. T_T

Then masa merisik+tunang hubby belikan cincin belah rotan emas putih di Poh Kong.Murah je.Dalam rm400.Tu memang ramai yg x setuju coz xde nilai.Ye la xkan la nak gadai kot cincin tunang???Saya bukan jenis camtu

Masa nikah hubby x beli cincin.Sebab saya amik cincin emas yg mama bagi lama dulu.Cincin pertama mama beli guna duit gaji pertama.Sentimental value.So saya guna cincin tu untuk jadi cincin nikah saya.Save bydget kan?Haha... Then lepas 3,4 bulan nikah mama cakap,kenapa x beli barang kemas?Baru nampak manis sikit...Fyi,my mum pun memang jenis x suka pakai barang kemas.Dia cuma pakai cincin nikah sahaja.So dengan duit sikit je,pergila kedai emas lama.Beli rantai tangan emas.Halus n kosong.Itu yg saya suka.X besar x sarat.X suka over2.Tu je yg saya ada.

Bukan nak mengumpat tapi i wonder,kenapa perempuan suka sangat barang kemas?Tengok rantai labuh loket besar.Gelang kat tangan tu dah la besar2,bukan satu,2,3 sekali.Cincin xyah citer r.Penuh jari.Dah macam tok bomoh dah.Ada akak tu rilex je beli sampai belas2 ribu.Lepas tu beli lagi beribu.Oh my...mana la dapat duit banyak sangat kan?Untung suami kaya..Tapi kalau saya jadi dia pun,kalau banyak duit sekali pun ,saya xkan beli barang kemas.Orang cakap boleh wat harta,simpanan.Setakat mana sangat?Silap hari bulan x bayar zakat.Beli banyak2 nak pakai habis semua satu badan,x takut kena ragut ke???Ok ada yg cakap ala..nanti terdesak boleh gadai.Ye memang.Tapi saya bukan jenis macam tu.Ntah la...

Cuma saya sendiri sebagai perempuan terfikir,kalau dah kaya,banyak duit sangat,kenapa x beli rumah mewah?or kete mewah?X pun beli baju2,handbag designer ke?Or cantikkan diri untuk hubby?Or paling bagus bersedekah,buat amal ke?Maybe la kan dorang dah buat amal,but still for me,sangat membazir beli barang kemas sampai over sekali...Setakat mana sangat la nak pakai sampai habis satu badan???Walahhualam...

Tuesday 17 February 2015

The Biggest Loser

Assalamualaikum...

Tergamam.Terkejut.For d 1st time in my life,ini yg paling teruk.X sangka.Memang terkejut...

Dengan rasminya saya umumkan...Berat saya 71.7kg.Sekian. T_T ........

Itu la berat saya yg terpaling berat.Terkejut gila...Allah apa yg aku makan ni sampai berat macam ni???Sebelum majlis nikah hari tu berat saya dalam 61kg gitu.But now after 5 months married,im obessed.Sedihnya...

Nak dijadikan cerita,hubby tolong iron baju kurung untuk pakai g keje.Then pagi tu bersiap2 la nak pegi keje.Time nak sarung baju kurung tu,susah lak nak masuk.I was like,apa hal lak ni lekat semacam???Saya ingatkan sebab kulit basah so macam baju tu lekat la kan.Setelah bersusah payah sarungkan,tengok depan cermin.Oh myyyyy!!!Macam sarung nangka busuk!Ketat gile.Dekat bahagian lengan tu sampaikan x boleh nak gerak2.Apa ni??Sebab baju tu dekat sebulan dah x pakai...Punye la cepat.Last time pakai still lengan tu muat n ada ruang.Sekarang?

Macam mana nak buat?Beli ubat kurus memang x r kan.No way Memang x caya Sebab benda tu bahaya.Kalau x bak mai sini ubat kurus yg bila kita makan x perlu diet x perlu exercise.Cukup makan pil je gerenti kurus.Korang boleh melantak je apa2.Fast food junk food apa2 pun.No pantang2 or diet.Ada ke???Xde kan...

Nak diet pemakanan sihat memang x mampu sebab kat rumah tu susah sikit.Lagipun hubby kuat makan n masak.Kalau xnak makan dia akan paksa :')

Nampak gaya kena step by step semula.Kurangkan makan.Belajar control makan n start diet sihat.Dah kena start aerobic semula.Dah x boleh dah ni...Dah habis berat dah ni...

T_T

Saturday 14 February 2015

A cat house for our furkids.

Assalamualaikum...

Lately ni memang dah x post entry guna PC.Kebanyakan guna hp je.Sebab dah malas nak transfer picture dari hp ke pc.i is lazy ok.

Saja nak kongsi kisah impian saya n hubby.U know,kami memang suka kucing .Sangat sayang.It's all bout cats.Lepas nikah,pernah la borak2 dgn hubby pasal tempat khas untuk letak all my cats.Masa tu kucing domestic long hair ada 4 ekor.Letak dalam sangkar besar dekat dapur.Awal2 ok..tapi bila lama2 macam jadi beban.Faham2 je la dgn bau poo n pee dorang...Dah la dekat dapur.Memang kotor.Then macam menyusahkan mak mertua la sebab pagi2 dia yg kena buang tahi,bersihkan litter box dorang,kasi dorang makan,then kena tolak keluar sangkar besar tu ke luar rumah.Itu la rutin hari2.

After that, i bought another 2 cats.Plus ada sekor lagi flatface yg jiran punya.Dia tumpangkan sebab rumah dia terjejas teruk akibat banjir bah merah hari tu.So bayangkan la...kat rumah ada 7 ekor...Huhu...kinda miserable la...Yg varu beli tu sepasang,kami letak dalam our bedroom.Tapi akhirnya jadi serabut sebab dorang bila poo n pee selalu bawak sekali pasir2 tu sampai atas katil.Sometimes lekat najis.Oh my!!!Lagi satu hal,bulu2 dorang panjang.Xyah cakap la habis dah cadar,baju2 kami lekat bulu.Hubby cakap x boleh macam ni...Sampai bila nak bagi dorang hidup dalam bilik gini???Pulak tu Nanti kalau ada orang datang rumah malu la..Bau busuk.Nak letak dorang kat luar memang x sanggup r.Takut hujan,panas,binatang liar then paling takut kalau kena curi.Semua tu beli guna duit kot!!! ':)

Then bincang dgn hubby.Nak x nak dorang kena berambus.Haha...Dorang kena duduk luar jugak.So berbekal modal rm200,hubby beli simen 3 beg,bata,pasir n lain2.So bermula projek diy sendirian berhad kami tanpa tukang rumah or any expertise.Bhahaha...hebat kan?Bak kata ore kelate,wat bijokkk!Memang pun...Hubby x pandai bertukang sangat.Apatah lagi saya.Tukang tengok n komen boleh r.Huhu.Siang malam suami sorang bertungkus lumus.Kadang2 ada sorang budak kampung tu yg suami panggil datang tolong.Tapi oleh kerana kami ni bajet,xde modal,so x bayar upah dia.Kadang2 hubby belikan rokok or saya belikan dia nasi.Kejam kan?Namapun bajet.Hihihi...

Then projek kami terbengkalai.Keputusan modal.Tapi still hubby tetap susah payah siapkan.Siang malam.Untung suami keje sendiri.Kadang2 tersedar tengah malam tengok sebelah xde orang.Kosong.Rupanya hubby gigih duk belakang dapur rumah sorang2 tengah malam buta siapkan rumah kucing kami.Allah...terharu sangat...

Sikit demi sikit kami usaha jugak siapkan.Walaupun xde duit,tunggu duit gaji je then korek mana2 duit,finally...hari Jumaat lepas,rumah kucing kami dah siap.Alhamdulillah...sebak tengok.Inilah rumah impian kami untuk anak2 bulus.Walaupun x cantik or hebat or mewah macam orang lain,kami bangga n syukur sangat.Sebuah rumah yg selesa untuk anak2 tido n bermain.Lepas ni boleh la dorang lari sana sini.Main kejar2...Memanjat semua tu...

Walaupun duit xde,semua bahan2,kayu2 pun recycle,n design semua tu diy,berjaya jugaj kami siapkan.Cuma sekarang tinggal nak cat then hias.Maybe hubby cakap nak buat mainan2 untuk dorang pulak.Untungkan dapat suami cat lover n kreatif macam ni?Semua idea dari dia.Lepas ni entah apa pulak dia nak create.

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum

Hai.

Hari ni Ahad.Kerja.Cepatnya masa kan?Tengok2 dah ahad.Lepas tu dah Khamis.Then weekend.Ahad semula.Cuti weekend pun dah x rasa apa sangat dah.Pulok tu untuk seseorang yg selalu menyibukkan diri macam saya ni.mihmihmih

Entry kali ni cuma nak post gambar kek victoria cake sandwich je.Baru sebijik terima tempahan.Tu pun terpaksa buh blueberry sebab dah merata cari strawberry x jumpa.Huhu.Hope sedap n halal la ye kak?

Tata.

Wednesday 11 February 2015

About My Self.

Assalamualaikum...

Eh hari ni dah hari Rabu semula ke?Wah...cepatnya masa berlalu kan?

Nothing much to say.Rasa macam nak perkenalkan diri macam masa orientasi.Ala sesi ice breaking tu ler...Huhu...

Nama saya Aimi Ezzati Binti Yaakub.Tarikh lahir 24 September 1989.Umur kira sendiri ler...Ore Kelate.Beranak di Kb.Stay di Pasir Puteh tapi after married stay dgn hubby di rumak mak dia di Pasir Mas.Baru hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga.Masih belum ada rezeki anak lagi n still trying.

Ada diploma in islamic banking n finance.InsyaAllah kalau ada rezeki akan sambung my degree in Bba honors in Finance secara e-pjj di uitm.Saya bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan under kementerian kesihatan.Dah 2 tahun lebih dah.First kerja sebagai M.I.S(management information system staff) di supermarket pantai timur pasir puteh.Tapi x lama pun..Dalam 6 bulan gitu r.

Suami saya,Khairul Azman.Lebih tua dari saya.Huhu...Orang Pasir Mas.Sekarang bekerja sendiri di kampung.Masa awal2 kami kenal dia bekerja sebagai team leader celcom service then quit sebab permanent kena transfer ke branch N9. Nak buat macam mana ..Masa tu kan baru jatuh cinta.X sanggup pisah lama2... T_T Oh dulu dia chef.Teppanyaki,Hotel Concorde,Chilli's Restaurant...Paling lama di Concorde la.But now bila suruh dia jadi chef semula,kalau rasa nak kena jelingan maut boleh r.Never mention about chef ok!Btw he's a great chef for me...Bila dia masak,memang give up.Sedap sangat...Xleh nak lawan ler...Tapi yg x best nye bila dia masak dia akan paksa saya ada sekali tengok.If not,jangan harap tahu resipi dia ok!Kedekut!!!

Saya ada 5 beradik.Abang saya seorang leftenan di navy.wife dia sarjan navy jugak.Ada anak 2 orang.Lelaki.

Kakak saya,penolong executive kewangan di anak syarikat Mara di KL.Single mom.Anak 2.Girl n boy.

Then me.

Lepas saya,adik lelaki.Lepas habis belajar kejuruteraan automotif di politeknik,sekarang jadi petani moden.

Finally lil bro.A boy.Baru habis SPM.Sekolah Menengah Kamil.Harapan tinggi untuk budak ni.InsyaAllah cita2 dia nak jadi Nuclear Physicist.

Right now kami dalam proses jadi breeder kucing.Alhamdulillah rumah dorang dah 90% siap.Tinggal cuma pintu,nak cat then basuh rumah.Kali ni nak buat betul2 dah sebab ini pun insyaAllah akan jadi salah satu sumber pendapatan rezeki kami...Kucing yg akan kami breed ni jenis domestic long hair.Tapi orang biasa panggil parsi.Fyi kalau parsi hidung kemek tapi xde cert n bukan pedigree,tetap akan dipanggil domestic long hair or dlh.

Ok tu je.Tata.

Wednesday 4 February 2015

Nothing To Say

Assalamualaikum...

Hari ni dah 5 Februari 2015.Hari Khamis.Cepatnya masa berlalu kan?Rasa macam baru je tinggal tahun 2014.Sedar2 dah masuk bulan 2.Allah...hari makin bertambah,usia pun akan bertambah tapi amal n iman kita dah tahap mana?Makin bertambah atau makin berkurang?Nauzubillahminzalik...

Hari ni,such a lazy Thursday.Fortunately balik awal la kan hari ni.Akhirnya setelah lama hampir 2 bulan x drive,hari ini gagahkan diri jugak untuk drive sendiri ke tempat keje.No more hubby.Xnak susahkan dia.Lagipun dah nak start berjimat minyak sebab bulan 3 ni kena g kursus di Langkawi lak.Nak x nak ofcoz sikit sebanyak nak bawak duit untuk shopping jugak kan?At least beli coklat untuk buah tangan.

Lately banyak sangat dugaan,ujian yang Allah berikan.Lepas satu,satu.Kadang2 rasa give up dah...Letih sangat...Minggu lepas d last kittens of mine mati.Dari 4 ekor,none of them survives.All deads.T_T... Saya syak virus.Berjangkit dari ibunya.Coz pergi jumpa vet dia cakap kemungkinan virus bahaya.Tapi sebab kekurangan duit,x pergi buat lagi test blood untuk dia.Dia punya test kit pun dah RM80-RM100.Sebab hari tu jugak saya pergi vaksin 5 ekor kucing.So,dah habis bajet untuk dorang...

Minggu lepas 1 of my queen keguguran.After 8 months of waiting.4 janin yg hampir cukup sifat mati.Dugaan sungguh.Then minggu ni baru perasan my another queen lak preggy.After more than 1 year,she's finally pregnant.Alhamdulillah..cuma risau takut virus tu dah berjangkit dengan dia.

Tahun baru ni,permulaan tahun yg bukan baik bagi saya.Banyak sangat masalah...masih berlarutan.Bukan la nak menidakkan takdir or ujian yg telah Allah tetapkan,tapi kadang2 sbg hambaNya yg lemah,ada sampai satu tahap saya memang akan down sangat.

Sekarang,pening fikir nak sambung degree lagi.Hujung bulan 2 dah daftar.Rancangnya nak keluarkan duit kwsp akaun 2 sebab x berapa nak mampu untuk bayar guna duit gaji.Berapa la sangat gaji pembantu tadbir kewangan...Pulak tu dgn status isteri,stay dgn mertua,tanggungjawab semakin bertambah.Beban kewangan pun bertambah.Penat...bukan mengeluh or x bersyukur tapi memang betul duit kadang2 jadi masalah besar...Tadi mama call.Mengadu dekat dia yg saya rasa macam x mampu untuk teruskan niat nak sambung degree.Tapi bila fikir semula,insyaAllah Allah akan tolong saya nanti.Sebab Dia xkan menguji hambaNya melebihi kemampuankan?

Ni tengah serabut kepala duk fikir nak cari income lebih.Hari tu jual kek,tapi faham2 je la kan.Xkan orang nak beli kek hari2.Lepas tu nak breed kucing pun macam terbantut sebab kucing ada penyakit.Sekarang tengah fikir,apa lagi ye keje yg boleh saya jadikan income untuk sampingan?Tambahan pulak zaman sekarang ekonomi semakin parah.Harga barang2 semua melambung.Semua benda kena bayar sekarang ni.Habis untuk org yg keje makan gaji macam saya ni?Kalau setakat bergantung pada gaji saja memang out la.Pernah fikir nak apply keje swasta yg sepadan dgn diploma saya.Macam bank ke,tapi rasa sayang lak sebab dah sah jawatan kerajaan.Berbelah bagi semuanya.Buntu.

Jadi apa lagi yg harus saya lakukan?Setiap hari fikir pasal duit.Bangun je tido fikir duit.Kadang2 rasa macam sewel je.Fikir duit,duit,duit.Sejak dari mula bekerja sampai la bergelar isteri,asyik fikir duit je.Bukan mata duitan.Tapi fikir nak cari duit untuk hidup dgn lebih senang...Saya dah biasa bergantung pd diri sendiri.So susah senang memang xde la nak mintak2 dgn orang.Sebab tu saya keje kuat.Fikir macam2 cara untuk cari duit lebih.Even jual kek dapat untung rm50,tapi dah syukur sangat sebab itu hasil penat lelah saya.Orang xtahu keadaan kita.Org cuma nilai luaran jer.Tengok saya pakai baju branded,ada kereta sendiri,makan sedap2,mesti org ingat banyak duit.U wrong!Hutang banyak.Tapi bila kita keje kuat,mesti nak reward diri sendiri kan?Nak jugak rasa senang,boleh makan sedap2.Tapi bukan bermakna nak menunjuk2 kita ada duit.Itu dah riak dah...

Lelah...Itu sebenarnya.Lelah fikirkan duit,keje,relationship kami,n anak.Letih sangat...Sometimes how i wish i can run away from all these things...