Saturday 22 August 2015

Pengalaman Pertama Ke Thailand Melalui Perahu

Assalamualaikum....
Hai ☺
Pada 14 Ogos hari Jumaat lepas,tanpa dirancang2,kami telah ke seberang Thailand.Huhu...

Alkisahnya...kami 4 bijik kete sebenarnya.Rancangan asal nak jumpa Mak Chu n Pak Chu(adik mak mertua saya) yg berasal dari Lubuk Sambal,Thailand.Isnin kelmarin dulu dorang dah selamat berlepas menunaikan haji.Kalau ikutkan apa yg suami saya cakap,Lubuk Sambal ni bawah lg dr Golok.So janji jumpa dorang dekat Rantau Panjang.

Tunggu punya tunggu rupanya Mak Chu je yg datang.Kesnya Pak Chu takut nak seberang alik Malay(Kelantan).Haha...Mak Chu sorang diri datang dengan motor sewa.Dekat Rantau Panjang banyak servis perkhidmatan ni.So nak dijadikan cerita,Mak Chu cakap Pak Chu takut nak menyeberangi Sg Golok so dia suruh kami semua pergi dekat tebing Sg Golok tu.So gerak la semua follow Mak Chu nak pergi dekat tebing tu,tempat orang naik perahu untuk ke seberang Thailand.

So sampailah kami.Kat sini orang panggil Lubok Gong.Rupanya pengkalan(tempat orang tunggu nak naik perahu/mini jeti) ni belakang rumah orang kampung jer.Dan sebenarnya ni pengkalan haram.Kihkihkih.Sebab Pengkalan Gergaji dekat Rantau Panjang ditutup.Askar jaga xtau la sebab apa.Selalunya kat situ la pelancong ke orang ramai naik perahu nak ke seberang Thailand.

Rupanya Pak Chu dah plan nak kami semua ke seberang Thailand.Ingatkan Mak Chu gurau jer.T_T

Ini memang 1st bagi saya n yg lain2.Macam hubby n mak dah biasa pergi.Cuba bayangkan kena naik perahu kayu.Memang la Sg Golok tu kecik,sempit jer.Tapi dalam jugak.Saya lak x pandai berenang!Kalau perahu tu terbalik macam mana?Memang la hubbby pandai berenang tapi...Nauzubillahminzalik.

5 minit sampai ke x,dah sampai pun ke tebing seberang sana.So Welcome To Thailand.Pak Chu dah pun menunggu dekat tebing dengan anak2.Ada 4wd/pikap yg tunggu kami untuk angkut kami ke rumah dia.So merasa la berhimpit2 naik pikap tu duk belakang.Hahaha..memang jakun la kejap.X pulak rasa malukan!So dapat la tengok pemandangan kiri kanan jalan.Rata2 rumah penduduk lebih kurang jer macam rumah kampung kita.Dorang lebih banyak guna motor n pikap.Yg bestnya jalan raya dorang tip top.Xde nya nak lubang2.

Lebih kurang 10 minit jer perjalanan.Kami pun sampai.Sama jugak macam rumah kampung orang Melayu kita.Xda beza.Bahasa dorang pun dialek Kelantan.Cuma ada jugak lain skit.

Ok tu je la nak cerita.Oh lupa.Perahu tu kena bayar tau tambang.Pak Chu yg bayarkan.

InsyaAllah hujung bulan 9 ni kalau x silap kami akan ke sana lagi untuk kenduri nikah anak Pak Chu.Kali ni decide dgn hubby nak buat border pass.Nak bawak masuk kereta melalui imigresen.Nanti saya cerita ya.

Tata.








No comments :

Post a Comment