Monday 13 October 2014

Hutang-Masalah Kewangan Si Pengantin Baru

Assalamualaikum

Hai :D

Hutang.Setiap manusia mesti ada hutang.Tipu ler kalau orang tu cakap dia xde hutang.Saya nak membebel sikit pasal hutang ni.Saya ada hutang.Banyak hutang.Personal loan,kereta,PTPTN n bla,bla,bla.Saya ni keje gomen jer...cukup makan je.Bila tengah bulan mula la tenat.Tambah tenat bila kete rosak.Pulak tu makanan kucing n pasir dorang habis... T____________T .Itu x termasuk kos penjagaan anak lagi.Mujur xde anak lagi.Then nak sambung pjj Degree start Mac ni nak kena bayar yuran lagi.FYI,saya dah x dapat apply study loan so kena pakai duit poket sendiri.Sekian.

Sebenarnya,bila saya bagitau my parent yg saya nak kahwin,reaksi pertama dorang,ada duit ke?cukup duit ke?mana nak cari duit?nanti kahwin cukup x hidup dengan duit gaji tu?nak sambung belajar?nanti ada anak nak beli susu pampers bla,bla,bla.Ok.Done :'(

It's tough.It'll never get easy.Saya baru setahun lebih keje gomen.Gred 17 walaupun ada Diploma.Xpe,ni pun saya dah syukur sebab lepas grad terus dapat keje gomen.Rezeki oiii!Tapi gaji of coz la taraf SPM.So,untuk adik2 luar sana,akak nak nasihatkan,please,please,please,bila dah start kerja,please rancang kewangan anda dengan bijak.of coz bila dah start keje,nak beli kete la apa la.Ok.Beli kete biar sedar diri.Tengok gaji.Tengok kemampuan.Jangan ikut kehendak n nafsu.Macam saya,pakai Myvi lama.Ni pun asyik tenat nak bayar bulan2.Ikutkan hati nak je jual then amik Kancil lama.Tapi susah jugak kalau kena travel jauh.Kena ada kete yg still bagus kan?Second,never ever buat personal loan!!!X kira la untuk diri sendiri ke,untuk kahwin ke or untuk family ke or untuk sapa2.JANGAN.Please,jangan biarkan diri anda terjerat.Then bila dah keje,please make some saving.Bukak akaun Tabung Haji ke or apa2 yg ok.Simpan sikit untuk investment n simpan sikit untuk guna time emergency.

FYI,orang selalu cakap orang keje gomen ni suka berhutang.Sebenarnya,ada jugak yg saya setuju.Contoh,si Kak Kiah ni datang ofis jual kain untuk baju kurung.Sepasang harga rm200.boleh bayar 2,3x bayar.Datang pulak si Mak Jemah ni datang jual tupperware.Boleh bayar banyak kali.Contoh ler amik set periuk tu harga dalam RM300.Lepas tu datang pulak si Joyah ni jual biskut n kek.Dah semua nampak sedap,of coz ler beli 2,3 jenis kan?Katakanlah habis la dalam RM50...Lepas tu setiap bulan kena bayar pulak duit kutu.Satu kepala RM50.

Jom kita main teka-teki matematik yg simple.Berapa banyak perbelanjaan/hutang kena bayar setiap bulan?

1.Personal loan 
2..Car Loan
3.PTPTN
4.Kutu
5.Duit kain
6.Duit minyak
7.Duit makan
8.Duit barang dapur
9.Duit untuk bayar bil2-share dgn hubby
10.Saving

Ini ringkasan kalau hutang ni.Kalau hutang macam2 lagi macam mana?Sebab itu,sebelum nikah dah kena buat financial planning.Pulak tu bila awal perkahwinan,memang banyak kena guna duit.Tambahan bila nak beli rumah or nak sewa rumah pulak.Nak beranak lagi...Nak beli barang2 untuk mulakan hidup berdua lagi...Seksanya oiii!

So,please bear in your mind.Sebelum kahwin,kukuhkan dulu kewangan anda.Memang as a women,kita ada suami yg akan bagi nafkah.But if suami kita tu keje biasa n gaji kecik macam kita,how we suppose to do?Rancang.Bincang dengan suami.Sebab duit,banyak masalah akan timbul.Banyak kes penceraian pasangan muda hanya kerana DUIT.Masa couple xpe la,keluar makan,tengok wayang cmtu je.Bila dah nikah,everything is on yours.And him also.Tugas isteri untuk ringankan beban suami kan?So please think twice or thrice or whatever la before ambik keputusan untuk kahwin tu.Jangan nanti bila dah susah,menyesal dah x guna.Sebab apa sekali pun perlu diteruskan.Susah senang kena hadapi bersama.So rancang la dari awal ye.

Tata.



No comments :

Post a Comment