Assalamualaikum
Sambung lagi ya.
Saya kena refer unit laktasi.Misi nak tolong saya menyusukan baby sebab baby pun x pandai.Kat sana misi siap ajar cara redakan bengkak susu,siap tolong urut,tolong pam lagi.Lega bila dapat keluarkan susu.Next,baby dihantar ke situ dari ward.Punya la susah ek bila baby xnak bagi kerjasama.Slowly,dia mula pandai.Alhamdulillah.Sepanjang kat ward,akhirnya baby ditransfer ke tempat saya maka bermula la kehidupan saya dengan dia.Yeay dah pandai susukan anak sendiri! :)
Alhamdulillah.Selepas hampir seminggu keluar masuk wad,akhirnya saya boleh discharge.Tapi discharge tanpa baby jugak la sebab baby kena tahan kuning tinggi.Masa dalam ward,saya kena scan rahim,kena jolok laluan bawah & macam2 ujian.Time doc2 pelatih datang amik kes,ramai yg akan kerumum.Malu kita!Sebab kes saya agak pelik la kot.X dapat kencing lepas beranak.Hehe.
Doc pakar cakap saraf kencing saya rosak.Sebab makan masa sejam untuk push baby keluar.So koyak rabak kat situ.Sebab tu la saya x dapat kencing.Saraf x boleh berfungsi dgn baik.Then macam ada jangkitan jugak.Saya cuma diberi pil antibiotik sahaja tau.Last day kat ward,doc buang catheter tu & suruh cuba kencing tapi jangan paksa sangat.Air kencing keluar tapi sikit sangat.
Mujur keluar jugak.Kalau x,saya boleh balik rumah tapi dgn catheter sekali.After 2 weeks kena datang balik hospital.Mujur la berjaya jugak kencing.
Malam tu,start sakit balik kat saluran kencing.Menangis2.X tahan sangat sakit.Sampai mintak kat mama ubat tahan sakit.Tapi xde.Last2 terjumpa ubat air garam tu la..Yang kalau sakit kencing kotor kena minum tu.Yang larut serbuk dalam air.Memang masa tu tawakal jer.Takut jugak efek baby sebab kan bf.Langsung x boleh tidur sebab terlalu sakit.
Tengah malam tu baru rasa lega sikit baru dapat tidur.Alhamdulillah pagi tu air kencing keluar agak banyak.Tapi kesakitan yg saya tanggung tu hampir sebulan tau.Hampir sebulan baru dapat kencing dengan baik,normal semula.Hebatkan ujian Allah?
Keesokannya,macam biasa la rutin saya.Pergi tengok baby di ward.Doc cakap kuning dia dah semakin turun.
Lusa,pagi2 lagi dah siap.Semangat ni nak tengok baby.Tup2 hubby cakap kita pergi pukul 2 la.Dia ada keje nak settle dulu.Adoi..frust di situ.Tapi nak buat macam mana.Dia driver kita...T_T
Kemain excited nak gi jumpa buah hati.Ala...ramai la pulak parents kat situ.Mujur la dapat cari tempat menyorok.Lepas susukan dia,peluk2 dia,misi panggil hubby ke kaunter.Tetiba lepas tu hubby datang dengan muka sedih.Kita dah cuak dah time tu.Kenapa?Ada masalah ke?Baby sakit ke?
Tetiba lak dia senyum2.Baby dah boleh balik!Dia tersengih.I was like,what???!
Petang tu balik ke rumah ayah bawak baby.Surprise!X gitau pun family yg baby dah boleh balik.Sampai kat rumah,punya la terkejut dorang tengok baby Aisyah dalam pangkuan saya.Happy dorang dapat peluk cium Aisyah.Terutama dua orang anak saudara saya tu.
So setakat ni sajalah saya share pengalaman bersalin saya.Lain orang lain ujiannya.Tapi alhamdulillah...Bersyukur sebab diberikan peluang untuk rasa semua tu.Bila orang tanya,serik x nak mengandung & beranak lagi?I will say NO.Next year punya target,saya nak preggy lagi.Huhu.
TATA.
No comments :
Post a Comment