Monday, 4 September 2017

Relactation a.k.a Menyusu Semula

Assalamualaikum

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha.

Hari hari ke 5 raya.Sepatutnya dah start kerja tapi hari ni kurang sihat so terpaksa la EL.

Hari ni rasa macam nak cerita pasal relactation.Korang ibu2 ni tahu x pasal relactation?Relactation ni sebenarnya penyusuan semula.Menyusu semula.Bagi baby susu badan semula selepas kita dah fully stop bagi susu badan.

First let me cerita dari awal.Kalau nak diikutkan,sepatutnya baby Aisyah stay & dijaga oleh mama saya kat kampung.Tapi oleh sebab2 hal tertentu,kami laki bini sendiri yang jaga dia.Sebelum habis pantang 44 hari lagi saya dah bagi baby formula milk or fm.Sebab nipple saya crack teruk sampai bleeding.X tahan sangat sakit tu yg campur guna fm.

Kan ikut plan asal,mama nak jaga.So nak x nak kena la bagi baby minum susu fm.Guna botol susu.Mula2 dia macam xnak tau.Tapi lama2 ok.Tup2 saya dah x bagi bf.Rasa macam malas la bagi bg sebab nanti nak tinggal kat mama jugak.So belum sempat habis pantang pun baby dah minum fm.Padahal dalam pantang tu,susu punya la banyak tau..Alhamdulillah.Habis basah baju bila baby lambat hisap.Rezeki anak ibu.

Dipendekkan cerita,habis cuti 3 bulan saya bawa baby balik rumah kami.Saya ni suka baca isu2 or info2 berkaitan baby.Banyak follow page2 kat fb pasal baby.Selalu tengok ibu2 post gambar bf,susu dorang pam banyak2.Entah macam.mana boleh timbul kesedaran pasal bf ni.Tambah2 hati rasa teringin sangat nak baby bf saya.Rasa macam sedih,sayu.Rasa macam gagal sebagai ibu.Pulak tu breast milk kan susu terbaik.

First thing saya buat,saya google.pasal penyusuan ni.Macam2 info saya baca dulu.Oh boleh rupanya nak menyusu semula.So saya start beli single.electric breast pump.Sebab dalam pantang beli Avent Philips yang manual pump tu jer.So beli la Autumnz single pump tu.Beli yang complete pakej dekat Lazada.

Second step,saya refer doctor tempat baby saya check up di klinik kesihatan.Bincang semua tu,ok so boleh proceed.Doktor nak tolong.Dia menggalakkan.Mula2 dia bagi pil domperidone untuk tambahkan susu.

First day saya pam,susu cuma keluar beberapa titik jer.Oh lupa.Saya dah 2 bulan gitu totally stop bf anak saya ye so kalau picit pun cuma keluar setitik dua.Memang susu kering.

Doktor cakap teruskan pam ikut jadual.Saya jugak try makan milkbooster.Macam xde perubahan sangat tau.Tapi pil tu terus makan.Tapi sedihnya efek pil ni,berat saya naik hampir 10kg.Macam dipam2 gitu .Selera makan tu..Ya Allah...pantang tengok makanan.Asyik lapar jer.Doktor cakap lain orang lain kesannya sebab benda tu libatkan hormon badan tau.Tapi saya redha jer jadi gemuk asalkan dapat bagi breast milk kat baby.

Nak tambahkan susu tu dah satu ujian besar. Tambah lagi masalah,anak saya langsung xnak df.Dah macam2 cara saya ikhtiar untuk dia df saya semula.Baru selak baju dah meraung xnak.Haha..sedih sungguh la...Frust tu memang sangat frust.Doktor pun dah habis skill ajar.So saya terima dgn redha yang baby saya memang dah langsung xnak bf saya sebab dia dah nipple confuse so I is redhq.Sobs sobs sob.

Now dah banyak bulan proses relactation.Alhamdulillah susu makin bertambah tapi slow sangat.At least I made some progress.Right?Sebenarnya relactation ni jadi lebih mudah jika baby df ibu tu.Bila df,susu dengan sendirinya akan bertambah banyak tau.Konsep dia senang je.Bila ada demand,so supply akan bertambah.Macam saya ni,duk pump saja.Tu pun asyik derhaka jadual pump.So sangat susah sebenarnya nak konsisten.

Slowly tapi insyaAllah akan bertambah.

No comments :

Post a Comment