Hai :)
Sambung balik entry lepas.
Susu badan saya langsung x keluar.Sebelum beranak hari itu,saya ada pergi mengurut dengan tukang urut ni.Dia cakap urat susu saya xde langsung.Tambah lagi saya flat nipple.So sad...So baby x dapat menyusu langsung.Kesian dia...Beranak dari pukul 10.50 malam hingga pukul 8.00 pagi langsung x menyusu.Mesti dia lapar sangat2.T____T
Memang saya sangat2 kecewa.Tengok ibu2 kiri kanan duk menyusukan anak dorang tapi saya?Mama cakap sabarlah...nanti susu akan keluar.So baby tido jer dalam baby cot.X lama lepas tu,doc baby datang cakap baby kena admit nicu sebab baby kena on antibiotic selama 5 hari.Puncanya,baby stuck sejam x keluar2 masa nak push so blood test ada kuman.Dugaan lagi...Dengan pasrah baby kena stay nicu.Allah...perasaan masa tu x boleh nak bayang.Orang lain ada baby bersama tapi saya sorang jer xde.
Lepas hantar baby gi nicu,rasa nak kencing sangat2.Tapi air kencing xnak keluar.Gitau la misi.Misi refer doc.So kena masuk apa tu urine catheter sebab saya x boleh kencing!
Sakit x?Of coz ler sakit oiii sebab bawah saya koyak rabak,kena jahit banyak!Tapi sebenarnya benda alah ni x sakit mana pun.Rasa pedih2 gitu.Yang sakitnya sebab alat ni asyik tersentuh luka koyak kat luar tu.Dekat jahitan.Ok settle.Menderu keluar air kencing.2 malam stay di ward.Kencing memang depends guna this thing la.Kena rekod berapa banyak sukatan air kencing.
Setiap masa saya & hubby akan pergi melawat baby.Sedih berpisah tapi bersyukur sebab saya yakin kat sana dia akan dijaga rapi & dapat susu sebab saya masih belum ada susu.
2 hari admit ward then dah boleh discharge.Misi cabut alat tu.Ok boleh keluar sikit air kencing walaupun tersangat sakit nak kencing.Rasa bengkak,macam kencing x puas gitu.Lebih kurang macam kena sakit kencing kotor gitu.Oh lupa nak mention,sebelum balik tu doc akan check jahitan & jalan.So kena rodok lagi.Kali ni memang sakit tahap nak terajang doc tu.Dah la doc lelaki.Doc yang sambut baby kita hari tu.Sakit giler sebab luka,koyak lagi.Mana sembuh lagi.Nak menangis oiii!Sampai misi suruh doc slow sikit sebab kesian saya sakit.Haha.
Day 3.
Yahooo dah boleh balik rumah tapi sedih sebab xde baby.Berpantang tanpa baby.Semangat oii pagi2 dah siap nak gi melawat baby kat ward.X sabar nak peluk nyawa ibu.:) Sampaikan dah x kisah tengah dalam pantang,dengan sakit luka,sakit x boleh kencing.Tau x,balik rumah saya x boleh kencing.Sampai teran menangis2 paksa nak kencing.Seksanya Ya Allah..
Yeay dapat peluk & cium sayang ibu kat ward.
Nampak x dah ada kuning2 di muka dia?Doc baby panggil kami.Dia cakap baby kena kuning.Ujian apa lagi ni..T___T
Baby kena duk bawah lampu pulak..Sedihnya ibu abah tengok adik.Dah la pakai pampers saja.
Ibu try bagi adik menyusu tapi adik xnak sebab x pandai.Tapi xpe la lagi pun susu ibu belum ada.Kat situ dia dapat susu secukupnya.Misi2 jaga dengan baik.So dah puas peluk,cium kami pun balik.Tapi sempat kami lunch di taman HUSM.Mama siap masakkan makanan untuk kami.So bekal ibu of coz lauk2 pantang.Haha.
Dah nak sampai rumah,ibu nak kencing.Gitau abah.Ibu nak kencing sangat2.Rasa pundi kencing ibu macam nak pecah dah sebab dah penuh sangat.Overload kot.Huhu.Sampai rumah,paksa lama giler nak kencing.Teran punya teran air kencing setitik pun xnak keluar.Gitau abah,ibu nak pergi emergency HUSM semula.Dah xtahan sangat sakit.Rasa macam terbakar rahim,saluran kencing.Rasa bengkak macam nak pecah dah pundi kencing.So siap-siap barang terus abah pecut ke emergency.
Sampai emergency,menunggu lama la pulak di bilik rawatan.Then misi datang pasang semula urine catheter tu.Tu dia air kencing 1 beg penuh!
2000ML/2L O_●
Percaya x?Doc dengan misi pun terkejut tengok penuh beg tu.Haaa kan dah cakap saya nak kencing sangat2!!!
2 orang doc o&g datang check saya.Then dorang buat keputusan saya kena admit.Waaa....masuk la wad balik tapi kali ni wad o&g jer.Wad kat mana rata2 patient ada masalah wanita,gugur,alahan teruk.Sebab kiri kanan saya semua gugur.Sedihkan?
Malam tu,x boleh tidur.Sampai demam.Menangis.Sebab breast saya sakit giler.Masa di bilik rawatan tu dah start bengkak breast tu.Malam tu lagi teruk kesakitannya.Bengkak giler.X boleh sentuh.Serba x kena.Sakitnya...
Tengah malam tu doc datang.Suhu 39°C.Demam.Doc tanya kenapa ni demam?Saya gitau x boleh tidur.Breast bengkak.Doc pun check.La rupanya saya ni bengkak susu.Susu dah penuh.Sampai keras.Itu rupanya bengkak susu.Mana la saya tahu kan...
Keesokannya saya direfer ke bahagian laktasi.Sebab baby di nicu & baby x pandai hisap.So staff di laktasi akan tolong saya.Baguskan HUSM ni?
K la.Kita sambung lagi nanti.
Tata.
No comments :
Post a Comment