Assalamualaikum
Hari ni ada masa free sikit so tetiba rajin nak update my diary ni.Nak cerita la pasal pengalaman beranak hari tu.Al-maklumlah anak 1st...langsung xde pengalaman.
7 Februari 2017.Bangun tidur,pergi tandas.Lepas kencing tu perasan ada darah dalam mangkuk tandas.Due sepatutnya 14 Februari 2017.So lepas solat Subuh tu bagitau la mama.Oh time tu saya dah start cuti bersalin.Amik awal seminggu & balik ke Pasir Puteh,rumah mama ayah sebab nak beranak & berpantang kat sana.
Mama cakap tu dah tanda tu.Kena ready la.Tapi perut x rasa apa2 sakit langsung.Nak dijadikan cerita,pagi tu kena pergi ofis.Ofis saya di Pasir Mas ye.Sejam jugak la perjalanan.Sebab ada hal kena settle & urgent.So nak xnak terpaksa jugak gi ofis.Mama dengan hubby dah risau takut terberanak dalam kereta or kat sana.Tawakal jer la.Hihi
Sampai kat ofis,settle semua kerja.Kawan2 pun risau sebab boleh lagi datang ofis walaupun dah turun tanda.Dah lah anak sulung!Haha...x tenang oi nak beranak selagi ada keja x settle!Balik dari ofis dah tengah hari so sempat la makan2 dulu then balik rumah mama.Time ni pun dah xde la turun darah ke tanda apa pun.Perut pun still x sakit lagi.
Pukul 7.00 petang.Mama suruh gi hospital sebab dah banyak jam kan.So barang memang dah siap packing awal2.Berangkat la serah diri ke hospital.Misi cek jalan,x bukak pun lagi.Misi siap cakap,ala lambat lagi ni.Tapi kena admit ward jugak.Maka bermalam la kita di ward.Tahu x,sebesar2 ward situ,ada sorang jer patient yg dah pun selamat beranak.Termasuk saya,cuma 2 orang jer patient.Misi2 duk kat bilik & kaunter depan.Boleh bayang x perasaan sunyi & takut tu?Macam2 dah duk fikir.Kalau x beranak jugak esok memang naya sebab akak sebelah katil tu dah boleh balik esok.Waaaa!!!Takut hantu!Mujur la katil sebelah jer tingkap so hubby bermalam di wakaf betul2 sebelah tingkap kita tu.Lega sikit.
Tengah malam tu hubby belikan burger dengan teh beng.Lapar oiii...Dah la kita x sakit so memang berselera la.Selesai makan,gi la tandas.Baru jer relax ready nak tido,meletup air ketuban!Terkejut giler!Ingatkan kita terkencing.Habis basah kain.Jalan terkedek2 gitau misi rasa macam air ketuban dah pecah.Time tu geng misi baru nak makan.Dia cakap pergi pakai pad dulu la.Frust la servis sini.Dah la kita xtahu apa2.Xde pengalaman.So pergi la pakai pad.Tunggu dorang habis makan baru dorang panggil.Doktor nak cek jalan.Doktor cakap ada lendir warna hijau dah.Maknanya baby dah berak.Tapi jalan baru 2cm bukak.Doktor suruh refer HUSM.Berangkat la pulak ke HUSM.Dah la tunggu sejam kot ambulans!Tunggu lak di kerusi pelawat luar wad.Drebar ambulans bawak ambulans macam pelesit.Nak nangis tau x dalam ambulans!Hubby masa tu dah bertolak awal2 ke HUSM untuk urusan pendaftaran.
Sampai HUSM terus kena tolak masuk labour room.Doc check jalan baru 2cm.Scan pun ok.Doc cakap air ketuban ok lagi & baby x berak pun la.Itu bukan lendir warna hijau!Adoilah...kenapa la staf hospital kat sana tu...Frust la dorang ni!So terpaksa admit ward.Doc dah x bagi balik.
Subuh.Haaa time ni dah start rasa mild contraction.Macam senggugut gitu.Ward penuh kot.Kiri kanan orang duk tunggu nak bersalin.Kita relax jer.Makan2,hubby pun boleh masuk melawat.At first,rasa macam pelik kenapa ada orang nangis2.Katil belakang saya tu,patient siap meraung atas katil.Confuse lak saya hai!Apahal ada yg duk nangis2?Sakit sangat ke?
Jeng jeng jeng.10 pagi ke atas.Contraction dah agak kuat.Kerja asyik nak kencing jer.Sakit2 pun kerap jugak ulang alik ke tandas sebab x selesa.Masa ni contraction tu dah tahap senggugut kuat.Dah x baring dah.Kena duduk atas kerusi sambil peluk bantal.Kejap2 genggam besi katil.Sakit hoi!So pukul 1tgh time melawat.Mama datang.Bawak air selusuh n roti suruh makan.Dah xde selera dah time ni.Menangis sakit.Sakitnya Allah jer yang tahu.Patutlah syurga di bawah tapak kaki ibu.Rasa macam nak pecah segala jenis rahim usus perut tu!Sakit yg x boleh nak digambarkan.Contraction makin kerap.Rasa nak teran pun ada.Nak berak pun ada.Haha.
Dah xtahan sangat sakit,dalam pukul 3 gitu saya gitau misi,sakit sangat2 ni.Misi pun suruh masuk bilik utk buat ve,atau check jalan.Dah 6cm.Misi tanya dah masuk ubat berak x?Saya jawab belum.Dah masukkan ubat,misi x bagi pakai seluar dalam.Rupanya keluar bilik tu cepat2 gi tandas nak berak.Hahaha...lega la sikit.Pukul 6 lebih kena tolak gi LB dah.
Time ni kan,Allah jer tahu nervous tu camaner kan.Sakit yang dah x tertanggung.Dalam LB bilik sorang satu.Dah la katil kecik.Kena pasang CTG kat perut .Seksanya lahai.Serba x kena.Mujur hubby boleh masuk dari awal.Dia la yg jadi tukang urut.Kena marah2 lg sebab urut x rasa.Nak wat macam mana kan...Sakit sangat.Nak kencing pun doktor yg keluarkan.Dah x boleh turun dari bed.Last2 misi bagi sedut gas tahan sakit sebab merayu cakap sakit sangat2.Sedut punya sedut last2 tertido kekhayalan...X sedar apa pun.
Sedar2 doktor lelaki kejut saya.Dia cakap,puan,dah rasa nak teran ke?Sebab jalan dah 10cm dah.Entah masa mana dia cek jalan kita pun xtahu. :p
Maka,bermula la pertarungan nyawa seorang ibu untuk melahirkan khalifah Allah...Seksa & sakitnya Allah saja yang tahu.Sejam bertarung.Saya x pandai push & curi nafas.Dah la kena gunting lagi.Misi & doktor bertungkus lumus usaha keluarkan baby saya.Doktor sampai marah2 suruh saya cuba jugak push.Susah rupanya ye nak push.Ingatkan apa yang kita baca,belajar,tengok video tu sama.Lain rupanya in real.Dah dekat sejam push.Hubby bagi kata semangat.Time ni saya dah xde tenaga.Lembik.Ctg jantung baby pun dah lemah.Sedih.Saya dah give up.Doktor ugut nak vacum or forcep.Saya masa ni down giler.Hubby lari keluar kejap sebab sedih tengok saya dah putus asa nak push baby.Dalam hati dah nak cakap doc operate la saya.Doktor siap ugut baby awak dah lemah sangat dah ni!X pasal2 kena marah oii!Doktor siap tukar bed dah.Kaki kena gantung letak atas besi dah. Alhamdulillah doktor,doktor pelatih & misi situ x putus asa.Dorang nak jugak saya beranak normal.
Takdir Allah,sejam push2 x jadi,dengan izinNya,sehabis tenaga akhir,saya push sekuat hati.Tersembur keluar seketul baby Aisyah.Allahuakhbar...Mengucap doktor yg sambut.Siap cakap SubhanaAllah...Lega.X boleh nak cakap.Tapi sedihnya kat bawah tu koyak teruk sebab time tu saya dah x ingat apa dah.Rules meneran ke laut dah.Punggung terangkat.Dah x sedar dah time tu sebab memang nak sangat bagi baby keluar dengan selamat.Kali ke 2 push,keluar la uri tu.Misi angkat baby tunjuk kat hubby suruh cakap apa.Baby girl. :)
Alhamdulillah.8 Februari 2017.Tepat pukul 10.50 malam..Misi letak atas dada saya.Sempat la sentuh beberapa saat sebelum misi bawak lari pergi bilik lain.Rupanya baby saya x nangis.Allah...ujian apakah ini?Baby keluar senyap sebab dah lemah.Dah biru.Saya masa tu dah x sedar.Sebab terlalu letih.Sejam doktor tadi ambil masa untuk jahit saya.Boleh bayang x teruknya koyak tu.Doktor siap mengumpat dengan kawan doktor dia,cakap saya punya la lena tido macam orang kena operate.Oii letih tau x!Jahit pun x rasa apa kecuali time dekat kulit tu perhhh sakit oii!
Rasanya setakat ni la dulu ye.Nanti saya sambung part 2.Ujian buat kami.Baby Aisyah masuk nicu,saya kena admit semula ward.
Ok la.Tata.
No comments :
Post a Comment