Saturday, 26 August 2017
Part 4:Discharge Akhirnya
Sambung lagi ya.
Saya kena refer unit laktasi.Misi nak tolong saya menyusukan baby sebab baby pun x pandai.Kat sana misi siap ajar cara redakan bengkak susu,siap tolong urut,tolong pam lagi.Lega bila dapat keluarkan susu.Next,baby dihantar ke situ dari ward.Punya la susah ek bila baby xnak bagi kerjasama.Slowly,dia mula pandai.Alhamdulillah.Sepanjang kat ward,akhirnya baby ditransfer ke tempat saya maka bermula la kehidupan saya dengan dia.Yeay dah pandai susukan anak sendiri! :)
Alhamdulillah.Selepas hampir seminggu keluar masuk wad,akhirnya saya boleh discharge.Tapi discharge tanpa baby jugak la sebab baby kena tahan kuning tinggi.Masa dalam ward,saya kena scan rahim,kena jolok laluan bawah & macam2 ujian.Time doc2 pelatih datang amik kes,ramai yg akan kerumum.Malu kita!Sebab kes saya agak pelik la kot.X dapat kencing lepas beranak.Hehe.
Doc pakar cakap saraf kencing saya rosak.Sebab makan masa sejam untuk push baby keluar.So koyak rabak kat situ.Sebab tu la saya x dapat kencing.Saraf x boleh berfungsi dgn baik.Then macam ada jangkitan jugak.Saya cuma diberi pil antibiotik sahaja tau.Last day kat ward,doc buang catheter tu & suruh cuba kencing tapi jangan paksa sangat.Air kencing keluar tapi sikit sangat.
Mujur keluar jugak.Kalau x,saya boleh balik rumah tapi dgn catheter sekali.After 2 weeks kena datang balik hospital.Mujur la berjaya jugak kencing.
Malam tu,start sakit balik kat saluran kencing.Menangis2.X tahan sangat sakit.Sampai mintak kat mama ubat tahan sakit.Tapi xde.Last2 terjumpa ubat air garam tu la..Yang kalau sakit kencing kotor kena minum tu.Yang larut serbuk dalam air.Memang masa tu tawakal jer.Takut jugak efek baby sebab kan bf.Langsung x boleh tidur sebab terlalu sakit.
Tengah malam tu baru rasa lega sikit baru dapat tidur.Alhamdulillah pagi tu air kencing keluar agak banyak.Tapi kesakitan yg saya tanggung tu hampir sebulan tau.Hampir sebulan baru dapat kencing dengan baik,normal semula.Hebatkan ujian Allah?
Keesokannya,macam biasa la rutin saya.Pergi tengok baby di ward.Doc cakap kuning dia dah semakin turun.
Lusa,pagi2 lagi dah siap.Semangat ni nak tengok baby.Tup2 hubby cakap kita pergi pukul 2 la.Dia ada keje nak settle dulu.Adoi..frust di situ.Tapi nak buat macam mana.Dia driver kita...T_T
Kemain excited nak gi jumpa buah hati.Ala...ramai la pulak parents kat situ.Mujur la dapat cari tempat menyorok.Lepas susukan dia,peluk2 dia,misi panggil hubby ke kaunter.Tetiba lepas tu hubby datang dengan muka sedih.Kita dah cuak dah time tu.Kenapa?Ada masalah ke?Baby sakit ke?
Tetiba lak dia senyum2.Baby dah boleh balik!Dia tersengih.I was like,what???!
Petang tu balik ke rumah ayah bawak baby.Surprise!X gitau pun family yg baby dah boleh balik.Sampai kat rumah,punya la terkejut dorang tengok baby Aisyah dalam pangkuan saya.Happy dorang dapat peluk cium Aisyah.Terutama dua orang anak saudara saya tu.
So setakat ni sajalah saya share pengalaman bersalin saya.Lain orang lain ujiannya.Tapi alhamdulillah...Bersyukur sebab diberikan peluang untuk rasa semua tu.Bila orang tanya,serik x nak mengandung & beranak lagi?I will say NO.Next year punya target,saya nak preggy lagi.Huhu.
TATA.
Tuesday, 22 August 2017
Part 3:Dugaan Selepas Bersalin
Hai :)
Sambung balik entry lepas.
Susu badan saya langsung x keluar.Sebelum beranak hari itu,saya ada pergi mengurut dengan tukang urut ni.Dia cakap urat susu saya xde langsung.Tambah lagi saya flat nipple.So sad...So baby x dapat menyusu langsung.Kesian dia...Beranak dari pukul 10.50 malam hingga pukul 8.00 pagi langsung x menyusu.Mesti dia lapar sangat2.T____T
Memang saya sangat2 kecewa.Tengok ibu2 kiri kanan duk menyusukan anak dorang tapi saya?Mama cakap sabarlah...nanti susu akan keluar.So baby tido jer dalam baby cot.X lama lepas tu,doc baby datang cakap baby kena admit nicu sebab baby kena on antibiotic selama 5 hari.Puncanya,baby stuck sejam x keluar2 masa nak push so blood test ada kuman.Dugaan lagi...Dengan pasrah baby kena stay nicu.Allah...perasaan masa tu x boleh nak bayang.Orang lain ada baby bersama tapi saya sorang jer xde.
Lepas hantar baby gi nicu,rasa nak kencing sangat2.Tapi air kencing xnak keluar.Gitau la misi.Misi refer doc.So kena masuk apa tu urine catheter sebab saya x boleh kencing!
Sakit x?Of coz ler sakit oiii sebab bawah saya koyak rabak,kena jahit banyak!Tapi sebenarnya benda alah ni x sakit mana pun.Rasa pedih2 gitu.Yang sakitnya sebab alat ni asyik tersentuh luka koyak kat luar tu.Dekat jahitan.Ok settle.Menderu keluar air kencing.2 malam stay di ward.Kencing memang depends guna this thing la.Kena rekod berapa banyak sukatan air kencing.
Setiap masa saya & hubby akan pergi melawat baby.Sedih berpisah tapi bersyukur sebab saya yakin kat sana dia akan dijaga rapi & dapat susu sebab saya masih belum ada susu.
2 hari admit ward then dah boleh discharge.Misi cabut alat tu.Ok boleh keluar sikit air kencing walaupun tersangat sakit nak kencing.Rasa bengkak,macam kencing x puas gitu.Lebih kurang macam kena sakit kencing kotor gitu.Oh lupa nak mention,sebelum balik tu doc akan check jahitan & jalan.So kena rodok lagi.Kali ni memang sakit tahap nak terajang doc tu.Dah la doc lelaki.Doc yang sambut baby kita hari tu.Sakit giler sebab luka,koyak lagi.Mana sembuh lagi.Nak menangis oiii!Sampai misi suruh doc slow sikit sebab kesian saya sakit.Haha.
Day 3.
Yahooo dah boleh balik rumah tapi sedih sebab xde baby.Berpantang tanpa baby.Semangat oii pagi2 dah siap nak gi melawat baby kat ward.X sabar nak peluk nyawa ibu.:) Sampaikan dah x kisah tengah dalam pantang,dengan sakit luka,sakit x boleh kencing.Tau x,balik rumah saya x boleh kencing.Sampai teran menangis2 paksa nak kencing.Seksanya Ya Allah..
Yeay dapat peluk & cium sayang ibu kat ward.
Saturday, 19 August 2017
Part 2:Pengalaman Lepas Bersalin Anak 1st
Assalamualaikum
Hai 😊
Part 1 saya dah cerita pasal saat2 dalam LB sehingga baby selamat keluar.
Part 2 ni saya nak sambung cerita lepas dah bersalin.After siap jahit,doc pelatih yg tolong pakaikan pad tau.Baikkan?Siap tolong carikan getah untuk saya ikat rambut sebab x jumpa cari mana encik suami letak getah rambut saya.Masa meneran tu misi suruh buang ikat rambut.Ni petua mudah meneran.Haha.Dah siap apa semua,saya disorong atas bed tu ke ruang menunggu dalam LB sebelum dipindahkan ke wad lepas bersalin tu.
Start dari pukul 11 lebih malam hingga pukul 4 pg menunggu situ.Baring jer atas bed.Ada la 2,3 orang kat situ.Wad penuh so ada yang dah lama kat situ masih menunggu turn.Lepas beranak tu,ada rasa nak kencing.Panggil la misi dia tolong bawak dgn wheelchair ke tandas.Kat sini la bermula penderitaanku.Rasanya dekat 10 minit saya berdiri try nak kencing tapi air kencing x keluar.Sedangkan saya nak sangat2 kencing.Tapi x dapat.Sakitnya x payah cerita la.Balik ke bed semula.
Pukul 4 tu la baru saya dapat baby saya semula.Sedihnya ya Allah...tapi Alhamdulillah baby saya selamat.Comel sangat.Rambut lebat.Kesian dia dah 4 jam beranak tapi x masuk setitik pun lagi susu dalam perut sebab misi & doktor tengah pulihkan dia.
Jadi satu masalah la pulak bila saya x pandai nak susukan baby & baby pun x pandai nak hisap.Mujur lah misi2 situ baik2.Dia tolong ajar baby hisap.Baby pun mula pandai & berjaya.Yeay!But sadly susu saya setitik pun x keluar!Allah...ujian apa lagi ni?
Ok la.Setakat tu je la post ni ye.Nanti sambung lagi ek.
Tata.
Part 1:Pengalaman Bersalin Anak 1st
Assalamualaikum
Hari ni ada masa free sikit so tetiba rajin nak update my diary ni.Nak cerita la pasal pengalaman beranak hari tu.Al-maklumlah anak 1st...langsung xde pengalaman.
7 Februari 2017.Bangun tidur,pergi tandas.Lepas kencing tu perasan ada darah dalam mangkuk tandas.Due sepatutnya 14 Februari 2017.So lepas solat Subuh tu bagitau la mama.Oh time tu saya dah start cuti bersalin.Amik awal seminggu & balik ke Pasir Puteh,rumah mama ayah sebab nak beranak & berpantang kat sana.
Mama cakap tu dah tanda tu.Kena ready la.Tapi perut x rasa apa2 sakit langsung.Nak dijadikan cerita,pagi tu kena pergi ofis.Ofis saya di Pasir Mas ye.Sejam jugak la perjalanan.Sebab ada hal kena settle & urgent.So nak xnak terpaksa jugak gi ofis.Mama dengan hubby dah risau takut terberanak dalam kereta or kat sana.Tawakal jer la.Hihi
Sampai kat ofis,settle semua kerja.Kawan2 pun risau sebab boleh lagi datang ofis walaupun dah turun tanda.Dah lah anak sulung!Haha...x tenang oi nak beranak selagi ada keja x settle!Balik dari ofis dah tengah hari so sempat la makan2 dulu then balik rumah mama.Time ni pun dah xde la turun darah ke tanda apa pun.Perut pun still x sakit lagi.
Pukul 7.00 petang.Mama suruh gi hospital sebab dah banyak jam kan.So barang memang dah siap packing awal2.Berangkat la serah diri ke hospital.Misi cek jalan,x bukak pun lagi.Misi siap cakap,ala lambat lagi ni.Tapi kena admit ward jugak.Maka bermalam la kita di ward.Tahu x,sebesar2 ward situ,ada sorang jer patient yg dah pun selamat beranak.Termasuk saya,cuma 2 orang jer patient.Misi2 duk kat bilik & kaunter depan.Boleh bayang x perasaan sunyi & takut tu?Macam2 dah duk fikir.Kalau x beranak jugak esok memang naya sebab akak sebelah katil tu dah boleh balik esok.Waaaa!!!Takut hantu!Mujur la katil sebelah jer tingkap so hubby bermalam di wakaf betul2 sebelah tingkap kita tu.Lega sikit.
Tengah malam tu hubby belikan burger dengan teh beng.Lapar oiii...Dah la kita x sakit so memang berselera la.Selesai makan,gi la tandas.Baru jer relax ready nak tido,meletup air ketuban!Terkejut giler!Ingatkan kita terkencing.Habis basah kain.Jalan terkedek2 gitau misi rasa macam air ketuban dah pecah.Time tu geng misi baru nak makan.Dia cakap pergi pakai pad dulu la.Frust la servis sini.Dah la kita xtahu apa2.Xde pengalaman.So pergi la pakai pad.Tunggu dorang habis makan baru dorang panggil.Doktor nak cek jalan.Doktor cakap ada lendir warna hijau dah.Maknanya baby dah berak.Tapi jalan baru 2cm bukak.Doktor suruh refer HUSM.Berangkat la pulak ke HUSM.Dah la tunggu sejam kot ambulans!Tunggu lak di kerusi pelawat luar wad.Drebar ambulans bawak ambulans macam pelesit.Nak nangis tau x dalam ambulans!Hubby masa tu dah bertolak awal2 ke HUSM untuk urusan pendaftaran.
Sampai HUSM terus kena tolak masuk labour room.Doc check jalan baru 2cm.Scan pun ok.Doc cakap air ketuban ok lagi & baby x berak pun la.Itu bukan lendir warna hijau!Adoilah...kenapa la staf hospital kat sana tu...Frust la dorang ni!So terpaksa admit ward.Doc dah x bagi balik.
Subuh.Haaa time ni dah start rasa mild contraction.Macam senggugut gitu.Ward penuh kot.Kiri kanan orang duk tunggu nak bersalin.Kita relax jer.Makan2,hubby pun boleh masuk melawat.At first,rasa macam pelik kenapa ada orang nangis2.Katil belakang saya tu,patient siap meraung atas katil.Confuse lak saya hai!Apahal ada yg duk nangis2?Sakit sangat ke?
Jeng jeng jeng.10 pagi ke atas.Contraction dah agak kuat.Kerja asyik nak kencing jer.Sakit2 pun kerap jugak ulang alik ke tandas sebab x selesa.Masa ni contraction tu dah tahap senggugut kuat.Dah x baring dah.Kena duduk atas kerusi sambil peluk bantal.Kejap2 genggam besi katil.Sakit hoi!So pukul 1tgh time melawat.Mama datang.Bawak air selusuh n roti suruh makan.Dah xde selera dah time ni.Menangis sakit.Sakitnya Allah jer yang tahu.Patutlah syurga di bawah tapak kaki ibu.Rasa macam nak pecah segala jenis rahim usus perut tu!Sakit yg x boleh nak digambarkan.Contraction makin kerap.Rasa nak teran pun ada.Nak berak pun ada.Haha.
Dah xtahan sangat sakit,dalam pukul 3 gitu saya gitau misi,sakit sangat2 ni.Misi pun suruh masuk bilik utk buat ve,atau check jalan.Dah 6cm.Misi tanya dah masuk ubat berak x?Saya jawab belum.Dah masukkan ubat,misi x bagi pakai seluar dalam.Rupanya keluar bilik tu cepat2 gi tandas nak berak.Hahaha...lega la sikit.Pukul 6 lebih kena tolak gi LB dah.
Time ni kan,Allah jer tahu nervous tu camaner kan.Sakit yang dah x tertanggung.Dalam LB bilik sorang satu.Dah la katil kecik.Kena pasang CTG kat perut .Seksanya lahai.Serba x kena.Mujur hubby boleh masuk dari awal.Dia la yg jadi tukang urut.Kena marah2 lg sebab urut x rasa.Nak wat macam mana kan...Sakit sangat.Nak kencing pun doktor yg keluarkan.Dah x boleh turun dari bed.Last2 misi bagi sedut gas tahan sakit sebab merayu cakap sakit sangat2.Sedut punya sedut last2 tertido kekhayalan...X sedar apa pun.
Sedar2 doktor lelaki kejut saya.Dia cakap,puan,dah rasa nak teran ke?Sebab jalan dah 10cm dah.Entah masa mana dia cek jalan kita pun xtahu. :p
Maka,bermula la pertarungan nyawa seorang ibu untuk melahirkan khalifah Allah...Seksa & sakitnya Allah saja yang tahu.Sejam bertarung.Saya x pandai push & curi nafas.Dah la kena gunting lagi.Misi & doktor bertungkus lumus usaha keluarkan baby saya.Doktor sampai marah2 suruh saya cuba jugak push.Susah rupanya ye nak push.Ingatkan apa yang kita baca,belajar,tengok video tu sama.Lain rupanya in real.Dah dekat sejam push.Hubby bagi kata semangat.Time ni saya dah xde tenaga.Lembik.Ctg jantung baby pun dah lemah.Sedih.Saya dah give up.Doktor ugut nak vacum or forcep.Saya masa ni down giler.Hubby lari keluar kejap sebab sedih tengok saya dah putus asa nak push baby.Dalam hati dah nak cakap doc operate la saya.Doktor siap ugut baby awak dah lemah sangat dah ni!X pasal2 kena marah oii!Doktor siap tukar bed dah.Kaki kena gantung letak atas besi dah. Alhamdulillah doktor,doktor pelatih & misi situ x putus asa.Dorang nak jugak saya beranak normal.
Takdir Allah,sejam push2 x jadi,dengan izinNya,sehabis tenaga akhir,saya push sekuat hati.Tersembur keluar seketul baby Aisyah.Allahuakhbar...Mengucap doktor yg sambut.Siap cakap SubhanaAllah...Lega.X boleh nak cakap.Tapi sedihnya kat bawah tu koyak teruk sebab time tu saya dah x ingat apa dah.Rules meneran ke laut dah.Punggung terangkat.Dah x sedar dah time tu sebab memang nak sangat bagi baby keluar dengan selamat.Kali ke 2 push,keluar la uri tu.Misi angkat baby tunjuk kat hubby suruh cakap apa.Baby girl. :)
Alhamdulillah.8 Februari 2017.Tepat pukul 10.50 malam..Misi letak atas dada saya.Sempat la sentuh beberapa saat sebelum misi bawak lari pergi bilik lain.Rupanya baby saya x nangis.Allah...ujian apakah ini?Baby keluar senyap sebab dah lemah.Dah biru.Saya masa tu dah x sedar.Sebab terlalu letih.Sejam doktor tadi ambil masa untuk jahit saya.Boleh bayang x teruknya koyak tu.Doktor siap mengumpat dengan kawan doktor dia,cakap saya punya la lena tido macam orang kena operate.Oii letih tau x!Jahit pun x rasa apa kecuali time dekat kulit tu perhhh sakit oii!
Rasanya setakat ni la dulu ye.Nanti saya sambung part 2.Ujian buat kami.Baby Aisyah masuk nicu,saya kena admit semula ward.
Ok la.Tata.