Saturday 12 September 2015

Sambut Anniversary Simple &Jimat

Assalamualaikum


Syukur Alhamdulillah Ya Allah....


Kami hampir2 sampai ke tahap paling kritikal,penghujung hubungan kami...Tapi kerana 1 perkara ni,kami masih sempat menyambut anniversary pernikahan kami yg pertama...

Bila semua dah x berguna n xde nilai,cinta yg membuatkan kami terus bertahan.Ya cinta.Saat kami dah hilang kewarasan,saat kami masing2 seakan setuju untuk meleraikan ikatan suci ini,Allah lintaskan seketika dalam hati kami.Cinta,kasih sayang nmemori kebahagiaan kami berdua... Allahuakhbar...

Alhamdulillah..semalam genap setahun pernikahan kami.Kami xde plan apa2 pun.Main hentam jer.Kelmarin dulu kitaorang pergi ala mini picnic dekat Danau Tok Uban.Pergi pun dalam pukul 5 lebih dah.Pergi kejap jer.Pagi kelmarin dalam pukul 10 lebih tanya hubby.Nak keluar ke?Sebab memang x plan nak sambut pun.So keluar lah...Pergi beli kek sepotong.Then pergi stesen keretapi Pasir Mas.Sambil makan kek sambil borak.Sebenarnya nak naik train pergi Tumpat tapi nanti nak balik xde lak train..So cancel.Duk situ selfie jap then blah.Dalam kete tanya hubby.Nak makan ke x?Masing2 xtahu nak makan apa n kat mana.So saya cadangkan jom pergi bandar Tanah Merah.

Sampai bandar Tanah Merah,hubby bawak pergi makan nasi lauk campur dekat kedai best ni.Suka sangat sebab lauk2 dia alahai..punya la sedap...Dah kenyang xtahu nak pergi mana.Hubby cadangkan jom pergi Bukit Panau.

Bukit Panau ni ada sejarah.Hubby cakap dulu masa sekolah selalu pergi situ.Kat bawah bukit ada tapak kaki besar.Kat situ merupakan kawasan kediaman Puteri Saadong.Sila google sendiri ye.Ada gua tempat mereka menetap.But sadly,jalan masuknya penuh semak n jalan tar pulak hancur.Maybe dah xde orang pelihara tempat ni..So frust...

Hubby terus cadangkan untuk ke masjid Sultan Brunei.Boleh google pasal masjid ni yg pernah kecoh pasal sejadah berdiri dgn sendiri.Tapi nak masuk ke masjid ni kena melalui jalan selut.Masjid ni dalam kawasan Tahfiz tau.Dia dekat hujung sekali.Boleh tengok gambar2 di bawah.Malas nak cerita panjang.

Last sekali hubby cakap lapar lagi.Adoi...singgah la pulak pekena Mee Udang Lemal.Tip top la...mee masak simple jer tapi udang tu memang fresh!Sedapnya..terliur pulak...

K la.Tu je sambutan anniversary kami.Doakan kami tabah kuat n sabar untuk terus bertahan dlm ikatan suci ni...

Untuk suamiku,terima kasih abi sbb masih kuat pertahankan ikatan pernikahan ini walaupun b dah sampai tahap x mampu buat apa dah..Terima kasih sebab walau apa pun jadi,tetap xnak lepaskan b n ikatan ini...


I love u Mohd Noor Khairul Azman....

Danau Tok Uban




Di Stesen KTM Pasir Mas



Masjid Brunei





Mee Udang Galah Lemal

No comments :

Post a Comment