Sunday, 17 January 2016

#TTC-Ovarian Cyst

Assalamualaikum...

Hari ni terbuka hati nak kongsi something yg mungkin boleh jadi panduan orang lain.

2015 tahun yg agak malap bagi saya.Awal bulan 12,gerai burger kami disita oleh pihak MDPM atas alasan mencacatkan pemandangan.1 dugaan hebat buat kami suami isteri.Hilang 1 punca pendapatan.Frust,n we decided to sell our stall.So tamat lah kisah bisnes burger hitam kami...Ramai yg tanya2,especially our regular customer.Sorry,we're done with that..

As u all knows,saya salah seorang ttc,means cuba untuk hamil.Nikah 12 September 2014 n until now still no sign of pregnancy.Ramai yg cakap alah masih awal lg..relax la...Ok fine.Then ada lak yg cakap aihh,x ngandung2 lg ke?? T_T.Shadapp u!

Oleh kerana saya ni seorang yg sangat kelam kabut n jenis suka menakutkan diri sendiri,saya cuba macam2 cara.1st pergi berurut.2x jugak la.Mak cik tu cakap rahim saya bengkak la,senget la,ada benda la...Then bab ubat.U named it.Acid folic,jus delima Gulsan,madu,sus kambing campur kurma,apa saja.N yg latest ni Elken punya produk.Yg ni memang mahal la..Mujur ada orang bagi.Mihmih..

Still x mengandung.Period datang setiap bulan with period pain yg tersangat la sakit!Orang cakap cuba bersama suami hari paling subur iaitu ovulasi.Ok dah try.Lepas penetration angkat kaki ke dinding.Pun dah try.Apa lagi?Doa n solat hajat tu xyah cakap la...Tu salah 1 usaha paling mujarab.

Nak dijadikan cerita.Ofis saya ada buat pemeriksaan kesihatan.Xray,blood taking,bla bla bla..Then sampai 1 part kena jumpa doktor.Time tu doc tanya ada masalah apa2 x or ada sakit apa2 x.So far ok cuma saya still x pregnant.Doc tanya berapa lama married.X sampai setahun lagi tapi bulan lepas saya x datang period.Ingatkan dah lekat tapi xde jugak.Pulak tu senggugut selalu sakit.

So doc suruh test urine untuk pregnancy test.Negatif.Xde abortion jugak.Doc pun tanya lagi ada sakit mana2 x.Then dia pun bukak file untuk saya,tulis maklumat saya.Dia set appoinment dengan o&g nanti.

So on december jumpa la doc...Mula2 doc soal latar belakang n life saya.Then dia scan.X nampak apa2 sebab bladder saya kosong(p/s:jangan kencing kalau nak scan rahim).Hehe...

The worst part is saya kena buat pap smear.Tu yg masukkan muncung itik dalam vijajay kita tu.X suka...dah la pedih campur malu sangat.Doc amik sample.So next appoinment pulak untuk tahu result.

Next appoinment doc lain pulak.Yg ni lagi detail.Tanya semua sampai ur sex life,ur hubby pun semua kena la.Another scan.Kali ni nampak la 2 biji ketulan.Doc cakap itu ovarian cyst.X besar mana.1 tu 3 cm..yg lg 1 xsure berapa.Then doc soal lagi macam2.Dia siap explain cyst ni better undergo operation la untuk sedut.Sebab dia ada macam2 jenis.Boleh jadi bahaya.N yes another 1,dia memang syorkan operate jugak untuk masukkan dye dalam tiub fallopio saya untuk tengok takut ada clog.T_T.Semua pembedahan ni ada risiko.X kena buat,usus saya boleh koyak n saya boleh jadi mandul.N she explained,memang saya  susah untuk hamil.Kalau hamil pun akan senang untuk abort.. T______T.Masa tu xtahu nak cakap apa.Rasa macam nak nangis kat situ jugak.

Awal bulan 1,period yg ke 2 kena pergi hospital lagi.Kali ni untuk amik darah untuk check hormon.Nex pada 21 hari period which is this Thursday.

So setakat tu la dulu saya cerita.Nanti sambung lagi ye.Cuma saya nak pesan,kalau dah berkahwin x kira la x sampai setahun pun lagi,pergi la jumpa doc kalau still x pregnant.Macam saya selalu sedapkan hati,ala rezeki xde lagi..Rezeki x sampai lagi.Padahal saya bermasalah.X salah n x rugi pun kalau kita jumpa doc kan?At least kalau ada apa2 probs,awal2 lagi boleh detect.

K la...Tata 😄

No comments :

Post a Comment