Wednesday, 20 January 2016

Perubatan Islam Untuk Dapatkan Zuriat

Assalamualaikum...

Rasanya entry lepas saya xde mention kan antara ikhtiar says untuk hamil,saya dah mendapatkan rawatan di perubatan Islam.

Ni semua idea mama la...Saya memang x berapa nak percaya.Bukan x percaya guna Al-Quran tapi orang yg merawat tu ntah betul ke x.(paranoid je lebih!)

So pergi la hari Sabtu bulan lepas ke perubatan Islam.Lokasi di bandar Pasir Puteh.Pergi dalam tengah hari.Ramai kot.Dia dekat tingkat 2 rumah kedai.Tapi x tunggu lama pun sebab sekejap jer sorang2 pesakit tu.Rawatan tu dia buat dalam bilik.Tapi pintu x tutup tau.Semua boleh masuk.Oleh sebab hari tu hubby,mama,adik,anak2 sedara pun pergi,semua masuk dalam bilik tu.Huhu...

So first duduk atas kerusi depan dia.Dia pakai glove n sentuh nadi di pergelangan tangan.Baca bismillah n selawat semua tu.Kita pun sama kena baca.Then dia minta izin untuk pegang kepala.Dia baca ayat apa x sure then dia tepuk kepala,bahu n belakang pinggang.

Dia cakap dia nampak rahim saya bermasalah.Rahim saya tertutup.That's mean sperm suami saya xkan dapat menembusi rahim saya untuk sampai ke telur saya.. T_T...

Dia minta izin untuk bukakan rahim saya dengan bacaan ayat Al-Quran.Ok settle.Next,dia set appoinment suruh saya bawakkan limau purut n nipis jumlah 7 biji n sebotol air kolah masjid.

Ok minggu depannya bawak la semua tu pergi jumpa dia.Dia bacakan ayat2 kat limau2 tu n air kolah.Dia suruh saya perahkan limau tu dalam air mandian n last sekali curah air kolah masjid.Baca bismillah n Al-Fatihah.So mandi la saya malam tu jugak dekat rumah.Bukan dia mandikan tau.Hehe..

So,kalau orang tanya ada apa2 x selepas treatment tu?Ntah la..xtahu nak cakap apa sebab dia merawat secara batin gitu kan.Tapi lepas first meeting tu saya ada datang period.N saya senggugut teruk sampai nak berdiri pun x boleh.Dia cakap memang awal2 ni saya akan rasa sakit.So sabar je la..Tok Ayah tu cakap,dalam masa 6 bulan kalau lekat terus datang jumpa dia maybe sebab dia takut rahim saya x kuat kot.

Saya pulak gatal mulut tanya,kalau dalam masa 6 bulan x mengandung2 jugak macam mana???Dia cakap,kita boleh ikhtiar...Banyak cara untuk ikhtiar.Kena sabar..Oh lupa saya dapat 3 botol air mineral besar yang dibacakan ayat suci Al-Quran.Masa jumpa dia pun dia tulis kalimat Allah dengan sirap atas pinggan putih campur air mineral then bagi saya minum.Then dia tulis lagi untuk botol2 air mineral tu.Ok setakat tu jer.

Selebihnya kena sabar n banyakkan berdoa pada Allah...Doakan saya ye untuk dipermudahkan hamil zuriat suami saya...

No comments :

Post a Comment