Wednesday, 12 November 2014

Best tak kahwin?

Assalamualaikum




Last day keje.Esok dah Jumaat.Huhu...Dah la hari ni balik keje awal.Kat Kelantan hari Khamis kiteorang kakitangan kerajaan nih balik pukul 3.30 ptg tau.Yes!Best kan? :P

Hari ni nak share sedikit pengalaman menjadi seorang isteri.Macam cliche sangat kan?Semalam,12/11/2014 maka genaplah 2 bulan kami sah jadi pasangan suami isteri.Alhamdulillah...nak sampai ke saat ni bukan mudah sebenarnya.Banyak dugaan,cabaran yg betul2 menuntut kesabaran kami.Kalau masa couple/tunang pun dah asyik gaduh,lepas nikah lagi la.I mean bukan gaduh jugak tapi,banyak berselisih faham coz bila dah kahwin baru kita kenal diri pasangan.

Dulu masa couple/engaged kita x duduk serumah.Sekarang,bukan setakat serumah,sebilik,sekatil.Dulu kita boleh la cover sikap/perangai yg jelik tu.Tapi dah kahwin,setakat sehari 2 boleh la nak cover line,lama2 ternampak jugak perangai sebenar kita.Korang jangan ingat nak kahwin ni best boleh loving2,boleh cuddle2 setiap hari.Yup memang boleh,tapi tanggungjawab kita memang berubah.Totally 100% changed!

Contoh,saya kerja gomen.Pukul 6.00 pagi dah bangun mandi solat n siap2 g ofis.Drive sendiri.Mujur xde anak lagi n hubby lak jenis x makan awal pagi.Saya xpe la boleh beli nasi otw ke ofis.Then kucing2 lak mak mertua tolong buang najis n bagi makan.Ok settle.Balik keje,lauk dah ada.Im so thankful for this coz mak mertua n kak ipar(divorced) yg akan masak n kalau balik keje pun just senduk nasi n lauk n makan je la.Untung kan?Malam lak hubby akan makan nasi lagi.Samada panaskan lauk tgh hari tadi or saya masak simple2 or hubby sendiri yg akan masak(btw he's an ex-chef).Sebab dia ni cerewet.So better biar dia sendiri masak ikut selera dia coz bila saya masak dia cakap x sedap.T____T

Weekend lak,pagi2 dah tolak keluar sangkar,basuh litter box n sangkar,bagi makan minum kucing.Mujur sekarang ni musim tengkujuh so kucing2 x payah mandi.Jimat tenaga mummy.Hehehe.
Kalau weekend baru saya akan masak tu pun lauk simple2 coz akak ipar yg akan masak.See?How lucky i am.Not so fast...coz i punya laundry mak oi!!!Banyak gile.Padahal basuh baju saya n hubby je tapi dah 2 bakul besar.Nak jemur lagi,nak lipat lagi,nak susun,lepas tu nak kemas bilik lagi,then time weekend la nak manjakan diri(untuk hubby jugakkan...!) then baru dapat rehat.Rehat la sangat...Nak tengok tv pun x boleh coz hubby saya ni jenis x boleh kalau saya xde depan mata dia or dekat dengan dia.Sikit2 ada je benda dia nak suruh buat.Ada2 je yg kena panggil time nak relax.

Tu baru tugas sebagai isteri.Then sebagai isteri,kena layan suami lagi.U know what i mean...Pahala besar ni.Masa couple/tunang memang kita impikan semua ni tapi bila dah kahwin,bukan xnak.Lagi la nak,tapi bila kita dah penat,letih,sometimes we need our own space.Some 'me times' .Not every second boleh manja2,romantik.Jangan ingat idea2,impian2 kononnya nanti dah kahwin lagi best sebab dah halal nak manja2 tu boleh sangat nak buat...Nanti dah ada anak lagi la.Sebab tu perlu ada give n take.Suami perlu faham n beralah bila tengok isteri penat.Memang tugas kita sebagai isteri,memang x boleh lari dari tanggungjawab.That's why sebelum amik keputusan nak berkahwin,ask your self.Am i ready to be a wife?

Tata.

No comments :

Post a Comment