Sunday, 30 November 2014

GAMBAR AKAD NIKAH BAJET RM300!

ASSALAMUALAIKUM...

Hai :)

Hari ni Alhamdulillah dah masuk bulan last,Disember 2014.Sebulan je lg sebelum nak masuk 2015.Cepatnya masa berlalu..dah nak habis tahun dah pun.

Hari ni xnak citer banyak pun.Cuma nak bagi tengok gambar akad nikah saya.Dah lebih 2 bulan baru dapat gi amik gambar dari OP.Ni pun lepas satu,lepas satu duk wat janji ngan OP.Nak buat macam mana...asyik sibuk,asyik clash je!Tu pun hubby siap gi amik kat rumah pengantin masa OP duk tengah shoot.Kebetulan dia dapat job di Pasir Puteh.Syukur.






















Oleh sebab saya ni pengantin bajet,so serba serbi la kena jimat.Harga upah OP ni RM300.Just shoot n burn untuk akad nikah sahaja.Unlimited shoot.Boleh tengok FB dia Safuan Adnan Cherokee.Seriously gambar memang fabulous!Terbaik la..Cantik2...

Oh ya,mekap masa akad nikah ni saya sendiri yg touch up.See?Natural kan?Sebab akad nikah di masjid.Saya xnak over sebagai menghormati rumah Allah.Lagipun,nama pun akad nikah kan...Kena nampak bersih,suci n sederhana.Just guna Kryolan sebagai base make up.Untuk nampak kulit licin,guna concealer.Buh la skit blusher,soft eye liner n highlighter skit,mascara,then nude lipstick.Lagi pun akad nikah malam.Cuma untuk sejam dua.Membazir lak guna MUA bayar beratus2.Perhatian,ni panduan untuk pengantin bajet ye.Kalau anda duit banyak,duit lebih,memang nak nampak tip-top,saya syorkan pakai MUA.

OK.TATA.

Monday, 24 November 2014

Bajet Nikah Bawah RM5000???

Assalamualaikum...

Hai :D

Kenapa?X percaya ke baca tajuk entry ni?Ke ingat kahwin koboi???

Huhu.

Yup memang itu bajet majlis pernikahan saya.Serba sikit kami ikut Sunnah,d Islamic way..Alhamdulillah.

Entry kali ni panjang sikit la ye sebab nak citer banyak ni.Ok,start preparation.Boleh dikatakan semuanya saya d.i.y.Memang saya buat sendiri kecuali benda besar2,memang saya tempah.Khemah 2 set,siap peralatan buffet + set bilik pengantin + mini pelamin.Total damage = RM1000.Murah giler kan?Huhu...Nanti boleh tengok sini .Ambik bridal ni pun dekat kampung je.Selising,Pasir Puteh.Itu pun last minute add mini pelamin.Akak tuan punya tu pun peramah.Baik.Settle satu perkara besar.

Untuk baju,ada 3 pasang.First tempah dengan butik online RM200.Beli kain di Jakel untuk dress masa kenduri n baju kurung moden masa bertandang.Nak dekat RM230 jugak la habis.Tempah jahit RM150 untuk kedua2.Manik n lace saya beli di Instagram.Sangat2 murah n cantik.Lepas tu saya jahit sendiri.Ingat lagi,sehari sebelum nak akad nikah baru siap jahit.Sadis sungguh!Nama pun pengantin bajet kan?Veil pun saya beli kain chiffon then upah kelim tepi,jahit sendiri jugak manik n lace.Wah..terlebih rajin kan?Huhu...Kasut lak beli dekat Kedai Kasut You je.RM40.Kasut flat kosong.Simple.Xde nak pakai heel bagai2 coz tinggi saya dah 161cm.Malas la.Lagipun bukan bersanding.Dah la mahal2 kot kalau kasut tumit tinggi.

Hantaran.Sembilan balas 7.Klik je sini .Nanti baca je entry tu.Cuma nak nasihatkan,memang kahwin cuma sekali.Masa ni la nak buat yg terbaik.Tapi jangan sampai membazir.X perlu bermegah2 nak tunjuk barang2 mahal n branded.Yg penting perlu kreatif akan tetap nampak gah n cantik.Saya habis pun dalam RM300 je sebab barang2 ada yg family sponsor.Lain2 tu barang2 simple je cuma saya perlu kreatif gubah sendiri.

Untuk kenduri pulak ma ayah yg sponsor.Rezeki ayah dapat beli lembu muda harga RM1200.Huhu..dapat la dalam 50kg daging.Cukup la kan sebab jemput tetamu x sampai 300 orang pun...Makan sebelah malam masa akad nikah tu agak mewah coz ayah2 saudara pergi borong ikan di Tok Bali.So ada macam2 la.Tapi saya x makan pun sebab pengantin dah kenyang dah sah nikah.Mihmihmih.Dengar khabar ada barbeque seafood malam tu.

Hari kenduri lak,bajet dalam RM2000 untuk semua bahan2 masak n perkakas.Lepas tu memang ada la family sponsor macam2 makanan sampaikan tetamu lepas satu round satu round makan sebab macam2 makanan.Rambang mata semua.Ada nasi kenduri,laksa,dessert,kuih,kek..oiii syurga kot!Tetamu lak x ramai.Tapi memang x membazir tau.Cukup2 makanan.Lebih pun gulai kawah je sikit.

Apa lagi ek?Kad kahwin n goodies bag habis dalam RM300.X banyak pun.Barang2 dalam goodies bag habis dalam RM200.Saya letak muffin,gula2 n candy or pudding.Simple je.Semua boleh makan.

Mekap ambik paling murah.RM150.Photographer just shoot n burn masa akad nikah RM300.See?Xyah nak membazir bayar mahal2.

Cincin amik yg mama bagi.Dah lama dah.Sayang sangat so guna yg tu.

Upah jurunikah di Selising Pasir Puteh RM115.

Tu je la kot?Benda yg penting2 untuk wedding.

TOTAL DAMAGE +- = RM5000.

Islam itu mudah.X menyusahkan.Kita yg susahkan diri sendiri dengan berhabis beribu2 untuk puaskan hati kita dan orang lain.Ingat,pernikahan sederhana itu mengikut sunnah Nabi.Bila pernikahan semakin mahal,masalah zina akan semakin bertambah.Untuk mak ayah yg nak wedding anak dorang grand2,x payah la..Kalau anak2 cakap nak kahwin,bagi jer kawin.X perlu nak ada duit banyak,x perlu mas kahwin mahal,x perlu majlis kahwin yg grand2.Redha Allah yg dicari.Bukan redha manusia.Biar ada keberkatan dalam majlis perkahwinan tu..baru la berkat rumah tangga nanti.

Tata.






Sunday, 23 November 2014

Tolak Ansur Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum

Sejak kahwin ni,tahap kesabaran tu memang asyik sampai over limit.Kenapa?Dah kahwin baru tahu rupanya kena banyak,banyak,banyak bersabar...Yup,memang benda ni sangat penting.Sebab kalau kurang kesabaran,itu salah satu punca berlakunya keretakan rumah tangga.

Saya mengaku yg saya seorang bukan penyabar.Saya ni mudah marah.Benda kecik pun boleh buat saya mengamuk.Saya garang.But my hubby pun garang.Lagi garang dari saya sebenarnya.Hehe..

Orang perempuan ni faham2 la..emo jer lebih.Asyik touching la,fefeling lebih la.Padahal benda xda apa pun kot.Sama case la dengan saya.Pantang hubby salah cakap or buat,ada jer nak tarik muka.But Alhamdulillah,my hubby,segarang2 dia pun,dia akan mengalah.I still remember,dia pernah cakap,x kisah bini dia nak marah,nak mengamuk ke apa ke.Apa la sangat setakat benda2 macam tu...Im so lucky dia selalu yg jadi pemujuk.Kalau saya mengamuk2,he will hug me.Seriuosly,sometimes,x perlukan kata2 pun.Cukup dengan pelukan dari suami dapat menenangkan isteri.

Sebenarnya,kadang2 isteri ni penat.Buat kerja rumah lagi,kerja ofis lagi.Si suami lak kadang2 suka sepahkan rumah,xnak tolong isteri buat kerja rumah sama2.Itu yg isteri mudah mengamuk.So suami,cuba la bertolak ansur.Bila tengok isteri penat,cuba tanya,sayang nak abang picit bahu ke?Sayang nak abang lipat kain ke?Huhu..But for me,paling suka bila tengok hubby siap masak or tolong tolak sangkar kucing masuk dalam dapur semula bila dah nak malam.Penat tau x jaga kucing!

Perlu ada give n take.Jangan hanya sebelah pihak saja yg asyik memberi.X adil la kan...


Monday, 17 November 2014

Isteri Yang Cantik.

Assalamualaikum



Terasa sejuk sangat pagi ni coz dari semalam hujan lebat non-stop.Nak bangun tidur pun malas sangat.Pulak tu tengok sebelah,hubby syok tidur berbungkus dengan comforter...Adoi...Sabar je la ada 2 hari lagi kena keje..

Oh ya,terasa terpanggil pagi ni untuk sentuh artikel dalam sebuah newspaper ni.Boleh baca sini.


Tersentap bila baca.Suami main dengan janda coz isteri dia x cantik???OMG!Wth is going on with our society?Boleh pulak si suami salahkan isteri kononnya dah x cantik,serabai,x jaga penampilan diri jadi punca suami curang coz si janda tu cantik,tip-top???

Oh x mampu untuk ku hadam kisah rumahtagga sebegini.Adil ke si suami menyalahkan isteri yg menjadi punca dia curang sehingga sanggup berzina dengan janda?Mana hilang kasih sayang,cinta?Semudah itu ke?Hanya kerana bini dah x cantik?Memang la orang lelaki ni kejadiannya suka tengok perempuan cantik2,seksi2...Tapi kenapa jadikan ia alasan?Pening kepala memikirkannya.

Hai Encik Suami,sepatutnya bersyukur,berterima kasih n bertambah lagi kasih sayang tu pada bini.Seorang isteri yg melayan n menjaga keperluan suami,masak,basuh baju,jemur baju,lipat kain,kemas rumah,mengandung,melahir,mengasuh anak,nak layan tuntutan batin suami lagi,pulak tu kalau isteri jenis bekerja?X terfikir ke betapa besar pengorbanan n susah payah seorang isteri setiap hari?Ingat x penat ke ek?

Isteri jadi serabai tu sebab x sempat nak cantikkan diri.Saya setuju bila ada isteri yg memang dah xnak jaga penampilan n kekemasan diri.Tapi tengok pada keadaan.Kalau nak isteri sentiasa cantik,kemas,wangi,penampilan menarik,apa kata si suami pun tolong isteri?Sama2 buat kerja rumah tangga.X pun upah je maid.Bibik.Kan senang..

Jangan hanya sebab isteri x secun perempuan kat luar,dengan mudah cari alasan salahkan isteri.Kalau dah curang tu,xyah la cari alasan nak cover kan!

Kenang la pengorbanan si isteri...Apa salahnya tegur kalau anda x suka tengok isteri dah x jaga penampilan?Semua tu paras rupa.Boleh ubah.Tapi macam mana pulak kalau suami gatal duk nak tengok perempuan cantik2 je tapi si suami sendiri perut boroi,busuk,x kemas bulu hidung panjang terkeluar?Adil x?If u nak ur wife cantik2,better tilik diri sendiri dulu.Huhu.

Tata.

Saturday, 15 November 2014

A Proud Sister

Assalamualaikum

Hai :D

Alhamdulillah...semalam,my sis telah pun berjaya menggenggam segulung ijazah.Finally,setelah hampir 3 tahun bersusah payah mengharungi hidup sebagai seorang student.Sebenarnya,saya rasa happy n bangga bcoz my sis,she's a single mother with 2 kids.Yup.Kahwin di usia muda,then divorced pun di usia muda.

You know how cruel a divorce can be...Hidup susah,x pernah keje pun.Masa tu jadi fulltime house wife.Then dia buat part time keje kilang.Then dia apply untuk sambung degree.Memang ramai yg menentang.Sebab dia kan dah ada anak2.Sepatutnya kena keje la kan untuk sara dorang.Tapi my parent sanggup jaga cucu2 tu.My sister punya case complicated sikit coz anak2 dia yg dapat n her ex pulak jenis lelaki @#$%^ ,so my parent memang x kasi dia jaga.Dulu bagi la jugak dia datang amik anak2,now,jangan harap coz dia dah hina n sebar fitnah burukkan my sis..Hasut anak2 supaya bencikan my sis.

And now,dia dah berjaya buktikan,Walaupun dia pernah mengalami kehancuran rumah tangga di usia muda,x de keje,hidup tertekan asyik diganggu her ex sampai la sekarang,tapi Alhamdulillah...Allah tolong dia.Berkat doa mama ayah yg x berhenti support dia walaupun sanak saudara bantah dia sambung degree.

And the best is,after her practical/intern,terus dapat keje kat tempat dia practical tu !Memang rezeki dia la...


Congrats my sis,Ami Nabila Yaakub.I'm so proud of u sister!

Wednesday, 12 November 2014

Best tak kahwin?

Assalamualaikum




Last day keje.Esok dah Jumaat.Huhu...Dah la hari ni balik keje awal.Kat Kelantan hari Khamis kiteorang kakitangan kerajaan nih balik pukul 3.30 ptg tau.Yes!Best kan? :P

Hari ni nak share sedikit pengalaman menjadi seorang isteri.Macam cliche sangat kan?Semalam,12/11/2014 maka genaplah 2 bulan kami sah jadi pasangan suami isteri.Alhamdulillah...nak sampai ke saat ni bukan mudah sebenarnya.Banyak dugaan,cabaran yg betul2 menuntut kesabaran kami.Kalau masa couple/tunang pun dah asyik gaduh,lepas nikah lagi la.I mean bukan gaduh jugak tapi,banyak berselisih faham coz bila dah kahwin baru kita kenal diri pasangan.

Dulu masa couple/engaged kita x duduk serumah.Sekarang,bukan setakat serumah,sebilik,sekatil.Dulu kita boleh la cover sikap/perangai yg jelik tu.Tapi dah kahwin,setakat sehari 2 boleh la nak cover line,lama2 ternampak jugak perangai sebenar kita.Korang jangan ingat nak kahwin ni best boleh loving2,boleh cuddle2 setiap hari.Yup memang boleh,tapi tanggungjawab kita memang berubah.Totally 100% changed!

Contoh,saya kerja gomen.Pukul 6.00 pagi dah bangun mandi solat n siap2 g ofis.Drive sendiri.Mujur xde anak lagi n hubby lak jenis x makan awal pagi.Saya xpe la boleh beli nasi otw ke ofis.Then kucing2 lak mak mertua tolong buang najis n bagi makan.Ok settle.Balik keje,lauk dah ada.Im so thankful for this coz mak mertua n kak ipar(divorced) yg akan masak n kalau balik keje pun just senduk nasi n lauk n makan je la.Untung kan?Malam lak hubby akan makan nasi lagi.Samada panaskan lauk tgh hari tadi or saya masak simple2 or hubby sendiri yg akan masak(btw he's an ex-chef).Sebab dia ni cerewet.So better biar dia sendiri masak ikut selera dia coz bila saya masak dia cakap x sedap.T____T

Weekend lak,pagi2 dah tolak keluar sangkar,basuh litter box n sangkar,bagi makan minum kucing.Mujur sekarang ni musim tengkujuh so kucing2 x payah mandi.Jimat tenaga mummy.Hehehe.
Kalau weekend baru saya akan masak tu pun lauk simple2 coz akak ipar yg akan masak.See?How lucky i am.Not so fast...coz i punya laundry mak oi!!!Banyak gile.Padahal basuh baju saya n hubby je tapi dah 2 bakul besar.Nak jemur lagi,nak lipat lagi,nak susun,lepas tu nak kemas bilik lagi,then time weekend la nak manjakan diri(untuk hubby jugakkan...!) then baru dapat rehat.Rehat la sangat...Nak tengok tv pun x boleh coz hubby saya ni jenis x boleh kalau saya xde depan mata dia or dekat dengan dia.Sikit2 ada je benda dia nak suruh buat.Ada2 je yg kena panggil time nak relax.

Tu baru tugas sebagai isteri.Then sebagai isteri,kena layan suami lagi.U know what i mean...Pahala besar ni.Masa couple/tunang memang kita impikan semua ni tapi bila dah kahwin,bukan xnak.Lagi la nak,tapi bila kita dah penat,letih,sometimes we need our own space.Some 'me times' .Not every second boleh manja2,romantik.Jangan ingat idea2,impian2 kononnya nanti dah kahwin lagi best sebab dah halal nak manja2 tu boleh sangat nak buat...Nanti dah ada anak lagi la.Sebab tu perlu ada give n take.Suami perlu faham n beralah bila tengok isteri penat.Memang tugas kita sebagai isteri,memang x boleh lari dari tanggungjawab.That's why sebelum amik keputusan nak berkahwin,ask your self.Am i ready to be a wife?

Tata.

Sunday, 9 November 2014

D.I.Y Simple Candy Buffet

Salam...

Hai :D

Pernah x tengok candy buffet?With all those cakes n candies!!!OMG!Dah la comel2 kan?Oh geram...

Ni sebenarnya nak kongsi citer tentang my diy candy buffet yg saya buat sendiri.Memang bajet giler la!Budget bawah RM100 kot.

Bahan2nya :-

1.kek
2.cupcake
3.brownies
4.jelly bean/rock candy
5.chocolate or whatever la
6.cute props
7.meja
8.hiasan

Al-kisahnya,saya ni si pengantin bajet.nak kahwin tapi duit xde tapi teringin jugak nak buat macam orang2 lain buat so terpaksa la saya jadi kreatif n think the best idea.











Kek untuk belah tu,gf adik yg buat.Cupcake tu pun dia buat.Stand untuk letak cupcake tu pinjam yg dia jugak.Pecan butterscotch cake n brownies tu saya sendiri buat.Sempat lagi tau duk kelam kabut nak kahwin tapi buat jugak kek2 tu.Jelly bean tu beli dekat kedai pemborong.Sekali dengan milk stick tu.Props bentuk crown,misai n semua tu saya download free je dari website.Then print,gunting,lekatkan kat lidi.Easy right???Kalau beli yg dah siap agak mahal jugak la.Bunga crepe tu pun saya buat sendiri.Kain putih tu mama amik kain langsir terpakai yg dia punya.Lepas tu ayah guna stapler gun,staple dekat meja kayu yg dah xnak pakai.Alas meja tu pun pau yg mama punya,sepupu beli dari China hari tu.Bekas2 kaca tu pun recycle je dari dapur mama.Free.Or amik je botol kaca sos prego tu then lilit jer la reben.Huhu.Simple kan?Yg penting kena kreatif.Yg mahal cuma kek 2 tier tu je la..tu pun gf adik yg sponsor coz dia ada kedai kek.


Boleh klik link kat atas tu.Kedai dia dekat Rantau Panjang,Kelantan.Berhampiran Pantai Timor Supermarket.Seriously,kek dia memang sedap sangat.Bukan nak promote,tapi kek dia berkualiti.Harga murah.Cuma xde la nak kek jenis fondant2 hebat macam citer Cake Boss tu..

The conclusion here is,kita kena kreatif.Cuba cari idea2,search la dalam internet.Banyak yg boleh kita jimat bila diy ni.

Tata.


Wednesday, 5 November 2014

Kerana Aku Seorang Wanita.

Assalamualaikum.

Hari ni dah Khamis.Betapa cepat hari berlalu kan?Sedar2 dah last day at work then esok cuti.Btw,hari ni balik awal.Pukul 3.30.Huhu... :P

Dah 2,3 duk main sakit belakang,pening,loya panas badan,rasa letihhhhhhhhhh sangat!Selalu mengadu dekat hubby yang saya rasa letih.Penat.Xtahu kenapa.Lenguh2 dekat pinggang.Check period calendar.Seminggu lagi... *sigh.

Pulak tu x lalu nak makan nasi...dah 2 malam asyik mam mamee chef.Terliur sangat.Then akak ipar tanya,dah berapa bulan???Hehe..Saya cuma mampu tersengih n jawab xde kena mengena la..Ni memang selalu macam ni time dah nak dekat2 tu...

Tapi lepas masuk bilik,ada jugak la menaruh harapan kot2 jadi la kali ni.Hubby cakap jangan duk fikir jangan duk berharap.Kalau ada rezeki,ada la...Ok fine!

Semalam,lepas mam mamee chef tomyam,rasa senak sangat kat bahagian ari2.Rasa x sedap hati jer.Lepas tu minum pulak teh susu.Senak.Sesak nafas.Tetiba rasa nak buang air ler pulak...Then...

Musnah harapanku...Oh xde rezeki lagi pulak nampaknya kali ni.Xpe la,baru sebulan lebih nikah...T_T...Semalam x dapat tido coz senggugut kuat.Tapi kenapa datang awal sangat???Pagi ni gi keje bad mood.Senggugut + mengantuk.Good!

Bye.

Monday, 3 November 2014

Baju akad nikah

Salam

Baru dapat update pasal baju akad nikah.Sebelum ni saya pernah post entry tentang dress akad nikah tapi silap macam mana ntah gambar2 saya terdelete so dah x dapat tengok di blog ni..




Baju ni saya tempah online dari instagram Ellyz Fashion.Harga RM200 kosong tanpa bead n lace.Then saya beli bead sepaket RM100 n lace RM 35 1m kalau x silap.Ya saya jahit sendiri lace n bead.Untung giler.Dress ni kain satin lembut.Dia macam gown princess gitu.Kembang kat bawah tapi still macam muslimah.Sopan.

Saya memang nak dress simple macam ni sebab untuk akad nikah kan?Tak nak la jenis serabut crowded sangat dengan manik n lace..lepas tu ketat.No,no,no...Memang puas hati dengan jahitan.Sangat kemas.Cantik.So kalau nak usha2 baju,dress boleh la try ke IG EllyzFashion.

Tata :)


Cakaran Kucing.

Assalamualaikum

Minggu yg amat sibuk.Baru hari ni dapat bukak blog ni.Xtahu nak post apa kali ini.Sebab lately macam xde mood.Asyik letih je.Dah 2,3 malam bangun tido sakit pinggang n tulang belakang.Mungkin sebab dah nak period kot. *Sigh. Xda rezeki lagi nampaknya...

Nak citer tentang anak angkat kami,Adam.Hari tu hubby belikan rantai besi ala yg macam orang pakaikan kat anjing untuk bawak jalan2 tu la..So,pagi Jumaat tu hubby pakaikan kat si Boboy tu.Elok je si Adam tu bawak dia pergi jalan2 depan rumah.Punya la syok sebab dah lama saya x lepaskan kucing2 keluar.Sebab rumah mak mertua xde grill.So,x dapat la nak lepaskan dalam rumah.Dah lama terperap dalam sangkar...

Nak dijadikan cerita,Si Boboy ni terperanjat tengok kucing jantan hubby,kucing kampung.Maybe sebab dia nak marah or nak gaduh ke,Si Adam ni pulak pergi tarik rantai besi tu lepas tu try nak dukung dia.Sekelip mata,si Boboy cakar n gigit lengan Adam.Mulanya ingatkan sikit je tapi tak.Habis berdarah.Memang panik gila!Masa tu saya tengah siang ikan n sotong so cuba bayangkan betapa hanyir bau saya pulak tu hubby terus suruh masuk kete nak bawak Adam ke emergency!T__T


Langsung saya x sangka Boboy boleh buat macam tu sebab faham2 je la kan kalau kucing parsi,dia macam manja n bodoh2 skit.Ni garang gila kot!Sampaikan Adam kena 4 jahitan.Memang dalam koyak.Terbelah.Gerun giler tengok.Kena 2 x inject.Bius n ubat vaksin takut kena jangkitan kuman dari kuku n mulut Boboy.

Kesian sangat Adam..tapi nak buat macam mana...Dah takdir.Boboy tu pun x tahu apa..bukan ada akal.Walaupun hubby ugut nak bunuh,no way saya akan benarkan!Sayang sangat oi kat Boboy tu...my first cat kot.Dia manja sangat..maybe sebab dia rasa tercabar tengok kucing jantan tu then Adam lak salah timing,tu yg jadi macam tu..