Tuesday, 27 October 2015

Pahit Jerih Permulaan Berniaga

Assalamualaikum...

Baru hari ni sempat curi masa nak menaip.Sangat2 sibuk.Sibuk dgn keje,sibuk dgn tugasan sbg part time student degree,sibuk dgn bisnes burger n sibuk sebagai isteri.

Hari ni nak kongsi sikit cerita berkenaan bisnes.Macam yg saya kongsi dlm entry sblm ni,dah hampir sebulan saya n suami bukak bisnes gerai burger di pasir mas.Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Ada orang tanya,senang x bisnes?Sebenarnya sangat2 susah bagi org yg xde pengalaman n modal macam kami.Tahu x berapa banyak dah modal kami burn sebab kebodohan n kekurangan pengalaman kami?Buat loan.Then duit habis macm tu jer.Bisnes x jalan2.Moral of the story,please jangan buat loan kalau nak bukak bisnes ciput macam jual burger ni.If possible,cuba la sedaya upaya cari modal dgn cara lain.Contoh pinjam dgn mak ayh ke,dgn family ke,mohon bantuan dana kerajaan seperti mana2 agensi yg membantu peniaga kecil.But please jgn buat loan dgn bank.Saya dah terkena.Sangat perit.Bisnes x jalan2 tapi hutang kena bayar.Deduct gaji la tau..T_T

Second.Cuba cari ilmu sebanyak mungkin.Mungkin boleh tanya abang2 yg dah biasa jual burger di tepi jalan tu.Mula  kami jual,sangat kelam kabut n serba x kena.Ada jer barang x cukup.Xtahu nak agak banyak mana barang kena beli banyak n cara nak buat burger tu.Nama pun bidan terjun.

Bila dah banyak hari berniaga,rasa pelik.Untung xde.Makin teruk adalah.Sampai terpaksa guna duit gaji untuk beli barang mentah.Sedih sangat.Sampai satu ketika duit habis licin.Hutang roti makin bertambah.

So we decide.Cuba kira balik.Cuba cari punca masalah kami.Burger yg kami jual rupanya sangat murah..X berbaloi dgn bahan2 yg kami guna.So kami cuba cari jalan untuk kurangkan kos bahan mentah.Still sikit jugak keuntungan.Keuntungan tu jugak kami gunakan untuk roll modal beli bahan mentah.

Hubby pun macam sedih sebab xde gaji untuk die.Duit gaji saya pun habis guna untuk beli barang mentah.Nak upah pekerja pun x mampu.

Last choice,kami buat recalculation semula.Cara terbaik dgn menaikkan harga.Baru kami dapat cover kos bahan mentah.But u know la kan..nak start balik sangat susah n lambat.Untung sebiji burger berapa la sangat...Kami cuba cari alternatif lain dgn gunakan jenama yg lebih murah contohnya but still the taste n quality still the best la.

Right now baru kami tahu...Bukan senang nak untung.Ingatkan bila berniaga banyak la dapat kumpul duit tapi kami silap.Makin berniaga makin susah n makin banyak hutang.Tapi ini yg mengajar kami selok belok n liku2 untuk kuatkan lagi usaha kami untuk berniaga.Patut la orang selalu cakap nak niaga ni x boleh lemah semangat n bukan untuk orang yg mudah putus asa.Yup i agreed with that.

InsyaAllah...biar susah dahulu tapi senang kemudian...Kami dlm perancangan utk bukak gerai kedua nanti.Semoga dipermudahkan...amin...