Assalamualaikum
Hai. :)
Saya belum kahwin.belum ada anak.tapi anak saudara ada 4 org.anak kucing pun ramai ;) .Hari ni nak citer sikit pasal kanak-kanak austisme.sebenarnya saya ada seorang anak saudara austisme.zafran danish namanya.anak abang sulung.
kalau tengok dari segi fizikal memang dia nampak normal seperti kanak-kanak biasa.tapi bila kite perhati je lama2,memang org akan tahu that he's not normal...kalau x silap,masa umur dia 2 tahun kot abg perasan yg ada something wrong with him.contoh,pertuturan.sampai skrg pun dia x dapat bercakap macam2 kanak2 sebaya usia dia..oh dia dah umur 5 tahun :) .tumbesaran dia pun ok..xde masalah.
tapi,kanak2 autisme ni ada beberapa masalah...paling ketara.dia x boleh bercakap.dia boleh sebut beberapa perkataan tapi x boleh bercakap seperti kanak2 seusia dia.dia suka mengulang sesuatu ayat.contoh kalau tanya nak nasi?dia akan jawab nasi?nasi?.memang selalu macam tu...letih sebenarnya nak train dia sebab kena ajar satu persatu ayat.contoh ikan...dia akan sebut ikan.ikan.ikan.. T_T
meh kita baca serba sedikit tentang kanak-kanak austisme yg saya dapat dari internet.
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/autisma
Pengenalan & Ciri-ciri Umum
Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan. Penyakit autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan pesakit autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu:
- Masalah tidak mampu bersosial. Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri. Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama.
- Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain. Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa.
- Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran. Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut. Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya adalah untuk membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.
Punca-punca
Masalah autisma ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup. Sehingga ke hari ini, dunia perubatan moden masih lagi belum dapat mengesan secara pasti akan punca sebenar penyakit autisma. Namun, mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat anak-anak autisma. Selain dari itu, sangat penting buat semua ibubapa yang mempunyai anak autisma untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca dari asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak-anak masih bayi.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisma, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya gangguan saka yang menyebabkan masalah autisma. Gangguan saka ini selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di mana makhluk-makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit yang menyebabkan berlakunya autisma. Adalah sukar untuk perubatan moden untuk membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus ini dalam anak-anak autisma ini tetapi sudah ramai pesakit-pesakit autisma yang menunjukkan perubahan yang positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.
Tanda-tanda Awal Autisma
Antara tanda-tanda awal masalah autisma yang boleh berlaku adalah seperti;
- Anak-anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan
- Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain
- Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
- Gagal untuk memberi respon apabila nama dipanggil
- Suka menyendiri
- Suka menyusun objek mengikut susunan yang tersendiri
Tanda-tanda di atas hanyalah sebahagian daripada tanda-tanda awal masalah autisma & sebarang diagnosis akhir untuk autisma haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.
Rawatan Moden
Rawatan untuk penyakit autisma pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas dari usia awal. Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit untuk mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan. Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisma. Rawatan selalunya memerlukan beberapa jenis rawatan yang diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma. Contoh rawatan-rawatan yang selalu digunapakai adalah seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap (cognitive-behavioural therapy), terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutamanya ibubapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak-anak autisma mereka. Selain itu, guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak autism amendapat pendidikan mengikut cara yang sesuai dengan keperluan masalah autisma kanak-kanak tersebut.
Rawatan Penyakit Autisma Dengan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisma akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
- Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
- Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
- Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
- Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
- Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus seperti gangguan saka dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
dia jugak still pakai pampers.sangat susah nak toilet train dia.mama saya (tok ma dia) cuba ajar dia untuk sebut 'berak' tapi masih susah sebenarnya.kadang2 ada la jugak dia sebut 'yak'.dengan umur macam tu,memang agak sukar la sebab dia dah semakin besar...semalam mama beritahu,ada beberapa pusat asuhan untuk kanak2 autisme ni dekat dengan rumah kami di Selising,Pasir Puteh Kelantan.saya pun cuba google tapi x jumpa2 lagi tempat tu.
zafran ni mama saya yg jaga sebab mama papa dia kerja navy.abang saya lak asyik belayar.bini dia selalu busy jugak.so terpaksa la mama jaga kat kampung.si adik dia,zakri danish lak nenek sebelah mama dorg lak yg jaga kat kampung.memang banyak cabaran,dugaan jaga si zafran ni.sekarang ni asyik gaduh dgn 2 orang lagi anak saudara saya,al-qayyum zulfakor or oyum n bahyah mysarah,anak2 kakak yg mama jugak jaga
memang rumah kami macam kapal pecah la hari2.bersepah mainan.time dorg main,Ya Allah...dah macam zoo jadinya!terpekik,terjerit,melalak,macam2!stresssssss!
but whatever it is,mama lang tetap syg kamu berempat..sarah,oyum,zafran n zakri...